Lagi Budak Lelaki Maut TerJatuh Dari Tingkat 16, Ibu Saudara Ditahan Miliki Rekod Jenayah Lampau

Susulan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak pada Rabu, polis kini memaklumkan, telah menahan ibu saudara mangsa bagi membantu siasatan.

Kejadian yang berlaku pada jam 10.30 pagi itu dimaklumkan sendiri oleh ibu saudara mangsa apabila menyedari anak saudaranya itu tidak berada didalam bilik.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan kerana suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin