Gadis Teruja Pertama Kali Bertemu Teman Lelaki Selepas 11 Bulan Bercinta Dalam PUBG

Permainan video nampaknya semakin popular dalam kalangan anak muda masa kini.

Malah, ada yang menjadikan platform permainan video sebagai tempat berkenalan dan bertemu jodoh.

Siapa sangka, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @raden.girin ini telah memuat naik video mengenai pertemuan kali pertamanya bersama teman lelakinya itu selepas hampir setahun berkenalan melalui Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG).

Menerusi video berdurasi 12 saat itu menunjukkan seorang lelaki dikenali sebagai @rhmn1997 sedang menunggu dengan penuh gementar sebelum menoleh selepas ditegur oleh gadis berkenaan.

“Antara ‘game’ perosak hubungan”

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa platform permainan video sebegini antara punca keretakan hubungan terutamanya bagi pasangan bercinta mahupun mereka yang sudah berkahwin.

Video yang dimuat naik pada Ahad itu telah meraih lebih 3 juta tontonan dan tanda suka sebanyak 245,600 setakat ini.

@raden.girin

hikss💓 @rhmn1997 #ldrlife

♬ suara asli – sugiono – sugiono

Marcella