Gara-Gara Muka Tertutup Dengan Kain Lampin, Bayi Berusia 4 Bulan Temui Ajal

Hari ini dilaporkan sebuah kes dimana seorang bayi lelaki yang baru berusia empat bulan menemui ajal selepas mengalami sesak nafas gara-gara mukanya tertutup dengan kain lampin ketika berada dalam buaian.

Kejadian ini berlaku ketika bayi tersebut berada di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka. Ampang Jaya semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan bahawa Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang telah menerima pesakit bayi lelaki tersebut yang dibawa dari klinik di Pandan Indah dengan ambulans Hospital Ampang.

ā€œSemasa tiba di Hospital Ampang, pesakit sudah tidak bernyawa.

ā€œBantuan kecemasan diberikan tetapi mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian,ā€ jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut Farouk, bayi malang tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang.

Kejadian ini masih dalam siasatan dan pihak polis telah menahan reman pengasuh bayi tersebut yang merupakan wanita warga Indonesia.

ā€œPunca kematian masih dalam siasatan.

ā€œSusulan itu, pada jam 10.30 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga pengasuh bayi itu,ā€ katanya.

Walaubagaimanapun, pengasuh tersebut didapati tidak mempunyai sebarang rekod lampau yang melibatkan kesalahan jenayah atau dadah selepas semakan dibuat.

Dalam pada itu, keterangan awal telah diambil oleh pihak polis bagi mengetahui punca kematian bayi tersebut.

ā€œKeterangan awal suspek memaklumkan mangsa sesak nafas kerana kain lampin dalam buai menutup muka.

ā€œKetika kejadian ibu bapa mangsa sedang bekerja manakala bayi itu dihantar ke rumah suspek untuk dijaga,ā€ katanya.

Sehubungan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang pagi tadi untuk direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari