Gara-Gara Rambut Kena Potong, Pelajar Ugut B*nuh Sebelum Pukul Guru Disiplin Guna Batang Penyapu

Seorang guru wanita dipukul oleh seorang pelajar lelaki kerana berang rambutnya dipotong di sebuah sekolah menengah pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang juga guru disiplin berusia 52 tahun sedang membuat rondaan.

“Guru wanita berkenaan menerima laporan daripada seorang guru lain yang menyatakan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu berambut panjang.

“Mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar tersebut,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelajar tersebut marah dan mengugut mahu membunuh guru nya itu sebelum bertindak memukul mangsa dengan batang penyapu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata kiri.

Arsad berkata, pihaknya turut melakukan serbuan di rumah pelajar berkenaan dan menahan pelajat terbabit.

“Hasil ujian air kencing ke atas pelajar berkenaan negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

“Dia ditahan reman bermula Khamis hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

 

Sumber: Sinar Harian

Salma Syahbuddin