“Bakat Macam Ni Patut…” – Muncul Dengan Single ‘Slebew’, Impian Ratu Farah Diva Nak Jadi Artis Tercapai?

Pempengaruh media sosial, Ratu Farah Diva kini muncul dengan sebuah single yang berjudul Slebew | Sikok Bagi Dua pada 3 Ogos lalu.

Menerusi lagu tersebut, Ratu Farah Diva atau lebih dikenali dengan Latu turut digandingkan dengan dua orang pempengaruh iaitu Shah Rezza dan Aidilia Hilda.

Bukan itu sahaja, muzik video lagu tersebut telah dilancarkan di platform Youtube untuk tontonan umum.

Selepas muzik video dilancarkan dua hari lepas, kelihatan ramai wargamaya yang memberi pelbagai reaksi berbentuk positif dan negatif.

    

Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak yang mengecam label Rusa Entertainment dengan mengatakan mereka merosakkan industri kerana menghasilkan lagu dan muzik video yang tidak berkualiti.

Lagu yang berjudul Slebew ini merupakan hasil nukilan Upiak yang merupakan penyanyi daripada negara seberang.

Sehingga kini, muzik video rasmi Slebew telah meraih lebih 85,000 tontonan selepas diterbitkan sejak 3 Ogos lalu.

Terdahulu, Ratu Farah Diva menyatakan hasratnya untuk menjadi artis dan ingin berlakon filem dibawah arahan pengarah filem Syamsul Yusof.

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Masuk Dunia Artis, Hati Kena Kental” – Teringin Jadi Selebriti, Ratu Farah Nak Berlakon Bawah Arahan Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Lari Bang Lari” – Selamba Ajak Hael Husaini Makan Bersama, Ratu Farah Diva Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Atiqah Johari