Featured By: Aqilah Paharuzi April 25, 2022 @ 7:33pm

Ibu Reda Anak Menderita Sakit ‘Psoriasis Pustular’, Kulit Bersalin Setiap Bulan – “Tompok Putih Berkerak & Kulit Menggelupas..”

Baru-baru ini, sebuah video menyayat hati mengenai anak kepada seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Suee Anna mengundang sebak netizen yang turut bersimpati atas nasib yang menimpa anaknya.

Menerusi beberapa perkongsian di akaun TikTok miliknya, Suee meluahkan rasa sedih mengenai keadaan anaknya yang menghidap penyakit kulit sehingga kulit kanak-kanak tersebut bersisik dan mengelupas.

Menurut si ibu, Kanak-kanak lelaki berkenaan yang bernama Muhammat Izzat Rafael menderita penyakit kulit sejak berusia sebulan lagi namun keadaannya pada ketika itu sangat merobek hati.

Suee mendedahkan di usia yang sangat muda Izzat hanya hanya mampu menangis menahan kesakitan akibat tidak tahu punca pada awalnya.

“Anak start sakit masa umur sebulan. Gambar dari umur sebulan sampai sekarang memang penyakit dia akan naik sebulan sekali. Bayangkan dalam pantang dia menangis sebulan tak tahu punca kenapa dia menangis,” tulisnya.

@sueeanna96

Love u muhammad ❤️ Allah uji allah syg 💕🤲🏻 #fyp#ramdhan2022

♬ bunyi asal – SUEE ANNA🌸 – SUEE ANNA🌸

Tambahnya lagi, doktor mengesahkan anaknya itu menghidap penyakit ‘Psoriasi Pustular’ iaitu sejenis penyakit kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih berkerak dan ditutupi dengan kulit menggelupas berwarna keperakan muncul di seluruh badan.

“Tak sanggup nak pertahankan hati, jiwa dan raga saya tengok dia tahan sakit derita yang dia hadapi bukan saya minta simpati.

“Doktor cakap sakit Psoriasis Pustular di mana doktor suruh saya follow up dan dia kata anak saya ni 70% boleh sembuh,” katanya.

@sueeanna96

Budak tuah mama 💕💕💕 sihat cpt nk kutip duit raya 2 tahun dh adik xboleh raya 😭 #fyp

♬ Laper Laper Ha – Faiha

Suee turut memberitahu bahawa setiap bulan anaknya itu akan bersalin kulit. Bagaimanapun, sebagai ibu dia hanya mampu reda dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT serta tidak berputus asa untuk menyembuhkan anaknya itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen turut bersimpati dan menitipkan doa agar penderitaan yang menimpa anak kecil itu akan berakhir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 May 2019

Nadia Brian Selamat Bertunang

Pelakon dan model jelita, Nadia Brian, 28, selamat menjadi tunang kepada Mu’izz Nasruddin, 28, di sebuah hotel di sini, hari ini. “Muiz lelaki yang baik, sangat bertanggungjawab dan saya bertuah dapat mengenalinya. “Dia sangat memahami […]

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Trending Tue, 26 Nov 2019

It’s Tomorrow! Limited Edition Hello Kitty Holder Is Here At McDonald’s Malaysia!

Who could resist a cute Hello Kitty merchandise? NO ONE!

Featured Tue, 28 Feb 2023

“Jujurnya Saya Takut” – Disangkakan Sakit Gastrik, Zulin Aziz Terpaksa Menjalani Pembedahan Segera

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zulin dan diberi kesembuhan segera

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Fasha Sandha rujuk ‘Angelina Jolie’ ?

Menjiwai watak seorang ahli sihir.

Trending Wed, 21 Nov 2018

This 12-Year-Old Thai Model is Actually a Boy and People Love Him for His Cross-Dressing

He’s made so much money, he could buy a house for his family too!

Trending Fri, 12 Jun 2020
Trending Mon, 24 Aug 2020

Lebih Banyak Taman Rekreasi Akan Ditutup

Tolonglah jangan degil gaissss!