“Jadi Lelaki Pun Dah Tak Selamat” – Lelaki Gila S*ks Kantoi Rakam Orang Tengah Ber*k

Pada zaman ini bukan golongan wanita sahaja perlu berhati-hati namun golongan lelaki juga sudah tidak selamat lagi daripada menjadi mangsa serangan seksual.

Lebih membimbangkan lagi apabila kejadian boleh berlaku ketika menggunakan tandas awam.

Menerusi laporan mStar, seorang individu mendedahkan dia telah menjadi mangsa kepada lelaki gila seks.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Kamal mendakwa kejadian berlaku di tandas lelaki di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Dengkil, Selangor pada Ahad malam.

“Jadi lelaki sekarang dah tak selamat, baru je tadi dekat R&R Dengkil dalam pukul 9 lebih macam tu.

“Tengah memerut dengan cutting tak cantiknya boleh pula dia rakam filem daripada bawah tandas. Nasib baik aku jenis kalau memerut mata melilau,” tulisnya.

Susulan kejadian itu, Kamal memberitahu perakam lelaki itu sudah ditahan pada mulanya namun melarikan diri sebelum ditangkap semula.

“Dapat tangkap, pegang… suruh follow last-last lari. Apabila tanya kenapa lari, katanya mana ada lari. Lepas tu boleh pula dia kata nak hentak (pukul) dia hentak je la.

“Ingat aku tak tahu undang-undang? Paling pun pusing kat kita juga salah,” katanya.

Pelaku yang merakam tersebut menetap di Cheras itu memakai pelitup muka dan berbaju kemeja-T berwarna merah serta menaiki kereta jenis Honda warna yang sama.

Telefon bimbit pelaku kemudiannya dirampas dan menjumpai banyak video yang dipercayai dirakam di dalam tandas.

Rakaman tersebut menunjukkan aksi lelaki-lelaki sedang membuang air yang turut memperlihatkan alat sulit mereka.

Pada masa sama, suspek berkali-kali merayu supaya dia dilepaskan kerana sudah memohon maaf.

“Saya dah minta maaf, jadi saya nak buat apa? Janganlah macam tu,” kata suspek sambil nombor pendaftaran keretanya dirakam.

Meninjau diruangan komen hantaran artikel mStar di Instagram, perkara yang tidak bermoral tersebut membangkitkan kemarahan netizen.

“Jadi lelaki pun dah tak selamat.

“Geli aku dibuatnya. Bau pun tak tahan lagi nak tengok.

“Kasi tangkap la.. orang macam ni kena kurung je 10, 20 tahun,” komen netizen.

Maya Basir