Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Viral – “If Tak Ada Hati, Cakap Terus Terang… Tak Payah Tipu”

Selepas dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai perceraian aktres berbakat, Nad Zainal bersama suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin baru-baru ini, ramai nampaknya warganet yang masih tertanya-tanya apakah punca utama disebalik pergolakan rumah tangga pelakon itu.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, enggan mengulas lanjut dan mendedahkan tarikh perpisahan mereka.

Namun begitu, sesi temu bual Nad bersama sebuah program hiburan pada Julai lalu kembali diperkatakan netizen.

Nad seakan memberi bayangan mengenai konflik rumah tangga dalam temu bual yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi HLive.

“Saya cakap dengan pasangan saya, if you tak ada hati then cakap terus dengan saya. Tak payah nak tipu-tipu.

“Sebab saya taknak tau daripada orang lain… So, sekarang ni saya tak kisah lah kaya ke, miskin ke, rupa elok ke, tak elok ke kalau saya… saya tak ada nak pujuk-pujuk dah, just go lah.

“Lagipun I malas nak gaduh-gadu. Yang penting sekarang anak-anak saya,” katanya.

 

 

Sebelum ini, Nad pernah berkongsi mengenai pendapatnya terhadap isu kontroversi yang menimpa rumah tangga Puteri Sarah Liyana apabila beliau sendiri menyifatkan membenci  spesis wanita penyondol ini.

“Walaupun saya sering bawa watak penyondol, tetapi saya benci spesis macam ni sebab kita ni perempuan… Sepatutnya kita kena support perempuan. Apapun  terjadi, kalau si suami burukkan isteri, kita kena fikir balik, next time mungkin dia boleh burukkan kita in future. 

“Fikirkan dua tiga kali kalau kita nak hak orang ya!” kongsinya.

 

 

Sumber: Instagram Hlive

Salma Syahbuddin