Events By: Salma Syahbuddin July 9, 2022 @ 8:41am

“Kami Sudah Cuba Sedaya Upaya” – Isu Jemaah Haji Terkandas, Agensi Pelancongan Mohon Maaf

Susulan kes melibatkan hampir 400 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat, individu yang juga wakil syarikat agensi pelancongan tersebut akhirnya tampil memohon maaf.

Memetik laporan Awani, individu terbabit memohon maaf atas kejadian yang menimpa sekumpulan bakal jemaah haji itu.

“Jutaan maaf dari kami di pihak UC Travel. Kami sudah sedaya upaya berusaha untuk terbangkan jemaah tetapi kami tidak berjaya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kasihannya Ibu, Ayah Berpuluh Tahun Simpan Duit” – Ditipu Agensi, Hampir 400 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Sementara itu, wakil agensi berkenaan juga memaklumkan pihaknya akan membuat pemulangan wang kepada semua jemaah yang terlibat.

“Maka pihak kami akan membuat pemulangan wang kepada jemaah yang terlibat. Saya juga terkesan bila orang panggil kami scammer. Hakikatnya, kami di UC Travel sangat berusaha untuk terbangkan jemaah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, selepas ini sebarang kenyataan akan dikeluarkan selepas berbincang bersama peguam yang mewakili agensi berkenaan.

Difahamkan satu sidang media akan dibuat pada minggu hadapan bagi memberi penjelasan lanjut mengenai insiden malang yang menimpa bakal jemaah haji.

Sehingga kini, 17 laporan polis telah dibuat bakal jemaah Haji yang terkandas di sekitar Lembah Klang.
Pada masa sama, siasatan dijalankan pihak polis dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Turut menjalankan siasatan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023

Keadaan Mental Semakin Merosot, Yasin Sulaiman Dirujuk Hospital Bahagia

Allahuakbar… Semoga dipermudahkan segala urusan buat Yasin Sulaiman 😢😢

Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Events Fri, 10 Jun 2022
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

“Saya Tak Pernah Pilih Watak”- Syafiq Kyle

Kalau sudah jadi pelakon popular pastinya pelakon tu akan memilih jenis watak ataupun projek lakonan kan? Tetapi berbeza pula dengan teraju utama drama bersiri Nur yang popular dengan watak ustaz Adam iaitu Syafiq Kyle.

Trending Thu, 10 Aug 2023

Sepanjang Hari Makan Pelbagai Jenis Ubat, Chef Wan Bersyukur Sel Kanser Belum Sampai Otak

Alhamdulillah, semoga Chef Wan diberikan kesembuhan sepenuhnya!