“Kamu Berdua Biadap!” – Ras Adiba Beri Amaran Kepada Individu Persenda Golongan OKU

Tindakan dua orang pemuda yang sebelum ini merakam perbuatan mereka mempersendakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di salah sebuah parkir kereta mengundang rasa kurang senang rata-rata rakyat Malaysia.

Dan kini, dua orang geng basikal wanita pula turut sama mempersendakan golongan OKU apabila kelibat mereka tular dilaman sosial ketika mahu menggunakan tandas awam yang dikhaskan untuk golongan ini.

Kesal dengan tindakan segelintir masyarakat yang mempersendakan golongan kurang upaya ini, Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, tindakan ini bukan sahaja mempersendakan malah menceroboh kemudahan yang dikhaskan buat golongan istimewa ini.

“Kalian semua telah mempersendakan dengan mempergunakan parkir OKU dan berlakon diri anda adalah OKU. 

“Saya pohon supaya kalian berdua meminta maaf pada kesemua komuniti OKU di negara kita.

“Sudahlah kami susah, orang semua selalu memandang rendah kepada kami, orang semua menggunakan kemudahan yang disediakan dan dikhaskan untuk kami. 

“Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempersendakan kami. Sila pohon maaf kepada komuniti OKU, katanya.

 

Terbaharu, menerusi hantaran terkini di akaun instagram milik Ras Adiba Radzi, beliau mengakui amat pantang sekali sekiranya terdapat individu mempersendakan golongan OKU.

“Maaf namun saya pantang sungguh pabila kami OKU di persendakan,” tulisnya.

 

 

Salma Syahbuddin