Pengeluaran Terakhir i-Citra RM10,000 Kini Dalam Perbincangan

Nampaknya masih ramai lagi masyarakat khususnya  pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluh dan memohon bantuan agar pengeluaran terakhir i-Citra sebanyak RM10,000 dibenarkan.

Ia kerana, terdapat segelintir rakyat yang masih berada dalam keadaan terdesak dan berusaha memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji serta hilang punca pendapatan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, perkara itu akan dibincangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk diperhalusi sebelum sebarang keputusan dikeluarkan.

Pengeluaran terakhir mungkin diberikan pilihan

Tambahnya lagi, kemungkinan pengeluaran terakhir ini akan diberikan pilihan kepada mereka yang benar-benar layak sahajadan mempunyai baki yang mencukupi.

“Perdana Menteri  juga mengakui keperluan tersebut dan membaca setiap komen-komen di media sosial beliau yang memperlihatkan ramai memberikan maklum balas serupa mengenai isu i-Citra KWSP ini,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: RM20.58 Bilion Pengeluaran i-Citra Diluluskan, Bayaran Dibuat Secara Berkala Sehingga…

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Wajar Tambah Pengeluaran i-Citra, Ubah Bayaran Dividen Kepada Struktur Berperingkat

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Bercadang Had Pengeluaran i-Citra Dinaikkan

Salma Syahbuddin