Categories: DramaKisah ViralTV3

Kecoh Kelibat Aliff Aziz Di Kelab Malam

Hangat di media sosial memperkatakan mengenai kelibat pelakon Aliff Aziz di sebuah kelab malam.

Klip yang dimuat naik itu turut memaparkan penyanyi itu bersama seorang wanita di kawasan parkir.

@mstarmalaysia Wahhh, Aliff Aziz tengah shooting drama ke tu? #BeritaDiTikTok #mStar ♬ original sound – mStar Official

Ruangan komen turut dibanjiri dengan lontaran andaian oleh netizen mengenai perkara ini.

Pelbagai pendapat dikongsi oleh netizen, ada yang bersangka baik malah ada ramai yang mengecam Aliff.

Penjelasan Sebenar

Ternyata spekulasi kurang enak didengar itu tidak berasas.

Kehadiran Aliff di kelab malam terbabit adalah untuk sesi penggambaran sebuah drama yang berjudul ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah.’


Kredit: instagram.com/mira_ariyatt

Pelakon berusia 32 tahun itu memainkan watak sebagai Luth Mikail, seorang ahli perniagaan muda yang berjaya.

Seperti yang digambarkan, watak yang dibawa Aliff itu gemar ke pusat hiburan dan kelab malam untuk berhibur bersama rakan-rakan karibnya.

Namun, suatu tragedi yang menimpa telah mengubah segalanya.


Kredit: instagram.com/sophiaalbarakbah.fc

Sikap rakus manusia serta gelora emosi adalah elemen yang diketengahkan dalam drama Akasia TV3 terbaharu ini.

Turut membintangi drama ini adalah Sophia AlBarakbah, Halim Radzi dan Jasmine Suraya.

Jangan lupa untuk menyaksikan lakonan Aliff bersama barisan pelakon yang berbakat menerusi drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ yang akan mula bersiaran pada 6 Februari ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.Hangat di media sosial memperkatakan mengenai kelibat pelakon Aliff Aziz di sebuah kelab malam.

Klip yang dimuat naik itu turut memaparkan penyanyi itu bersama seorang wanita di kawasan parkir.

Ruangan komen turut dibanjiri dengan lontaran andaian oleh netizen mengenai perkara ini.

Pelbagai pendapat dikongsi oleh netizen, ada yang bersangka baik malah ada ramai yang mengecam Aliff.

Penjelasan Sebenar

Ternyata spekulasi kurang enak didengar itu tidak berasas.

Kehadiran Aliff di kelab malam terbabit adalah untuk sesi penggambaran sebuah drama yang berjudul ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah.’


Kredit: instagram.com/mira_ariyatt

Pelakon berusia 32 tahun itu memainkan watak sebagai Luth Mikail, seorang ahli perniagaan muda yang berjaya.

Seperti yang digambarkan, watak yang dibawa Aliff itu gemar ke pusat hiburan dan kelab malam untuk berhibur bersama rakan-rakan karibnya.

Namun, suatu tragedi yang menimpa telah mengubah segalanya.


Kredit: instagram.com/sophiaalbarakbah.fc

Sikap rakus manusia serta gelora emosi adalah elemen yang diketengahkan dalam drama Akasia TV3 terbaharu ini.

Turut membintangi drama ini adalah Sophia AlBarakbah, Halim Radzi dan Jasmine Suraya.

Jangan lupa untuk menyaksikan lakonan Aliff bersama barisan pelakon yang berbakat menerusi drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ yang akan mula bersiaran pada 6 Februari ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

Afiqah Azizan