Kisah Viral By: Khairil Khusyairi June 22, 2023 @ 3:00pm

Kekasih Pemain Bola Sepak Pula Ditahan Polis

Seorang wanita yang juga kekasih kepada pemain bola sepak Liga Super di tahan polis membabitkan kes ceroboh dan kehilangan barang berharga baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 37 tahun berkenaan ditahan selepas lelaki terbabit yang juga bekas pemain kebangsaan membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Berdasarkan laporan, difahamkan wanita terbabit yang sebelum ini mendakwa dirinya dicederakan pemain itu di sebuah hotel di Petaling Jaya baru-baru ini bertindak menceroboh rumah lelaki berkenaan sekali gus menyebabkan terdapat kehilangan barang berharga.

“Wanita berkenaan sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu hari ini berhubung laporan yang dibuat pemain berkenaan.

“Pemain terbabit mendakwa kekasihnya itu menceroboh rumahnya sekali gus menyebabkan kehilangan telefon bimbit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memberitahu kes terbabit masih dalam siasatan dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat ini.

Minggu lalu, media melaporkan seorang pemain bola sepak tempatan ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya dalam kejadian di sebuah hotel.

ARTIKEL BERKAITAN:Pemain Bola Sepak ‘Belasah’ Teman Wanita Ditahan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dicekik & Dihempas Ke Lantai, Kekasih Dedah ‘Dibelasah’ Pemain Bola Sepak Tempatan

Terdahulu, media melaporkan seorang bekas pemain kebangsaan dan masih aktif dengan sebuah pasukan terkenal dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Oct 2019
Gaya Hidup Wed, 9 Oct 2019

Dituduh menunjuk-nunjuk kekayaan, Kylie Jenner padam foto kereta mewahnya

Komen orang ramai di Instagramnya pedas-pedas belaka!

Hiburan Mon, 22 May 2023
Trending Thu, 21 Jun 2018

Najib ‘Explains’ Why He Had So Much Cash and Luxury Items

Trust me, you’ll LOVE to see what he had to say.

Featured Mon, 17 May 2021

“Selagi Tiada Rasa, Mana Mungkin Boleh Melupakan” – Intan Saleh Luah Perasaan Setelah Bersua Dengan Izreen Azminda?

Pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri kepada suaminya, Intan Saleh akhirnya dipertemukan setelah empat tahun dalam program Melodi Raya yang bersiaran semalam. Menerusi Instagram Izreen, aktres itu memuat naik foto bersama Intan berserta kapsyen ‘memohon […]