Kes Penderaan: Siti Bainun Didapati Bersalah Abai & Aniaya Bella, Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun & Denda RM50,000

Kes penderaan membabitkan remaja sindrom down dikenali sebagai Bella, 13, akhirnya mendapat sinar selepas mahkamah memutuskan pengasas rumah bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah.

Keputusan tersebut dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi pada akhir kes pembelaan yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Rabu.

Memetik laporan Harian Metro, Siti Bainun didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella sehingga mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2921.

Hukuman tersebut memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, Siti Bainun mengaku tidak bersalah semasa perbicaraan peringkat awal melalui keterangan seramao 22 orang saksi termasuklah, pengadu, Zuriaty Sudin, bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.

Kredit foto: Harian Metro, Kosmo

Aqilah Paharuzi