Kongsi Tip Nikah Dua, Nurul Zahid Akui Nikmat Perkahwinan Poligami

Sering memberi kenyataan mengenai keindahan berpoligami, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi menjadi perhatian warganet setelah memuat naik satu hantaran di laman TikTok.

@dnznurulCaption di IG sy – @nurul.zahid Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah kerana Nabi Muhammad SAW sendiri bernikah atas perintah Allah. Dan perempuan/wanita TOLONG TAHU DIRI. Menikahi seseorang boleh terjadi atas DUA sebab – JODOH atau BODOH. Realiti perkahwinan poligami ini indah seandainya diterjemahkan dengan pemahaman dari Al Quran dan Hadis. Bukan dari terjemahan NAFSU. Semoga menjadi pengajaran dan iktibar.♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza

Rentetan daripada video terbabit, Nurul menyeru agar golongan lelaki tidak menjadi pengecut dengan berselindung disebalik sunnah jika ingin menikahi wanita lain.

“Kepada lelaki jangan berselindung disebalik sunnah kerana Nabi Muhammad SAW sendiri bernikah atas perintah Allah.

“Perempuan atau wanita tolong tahu diri! Menikahi seseorang boleh terjadi atas dua sebab iaitu jodoh atau bodoh.

“Realiti perkahwinan poligami ini indah seandainya diterjemahkan dengan pemahaman dari Al-Quran dan Hadis. Bukan dari terjemahan nafsu, semoga menjadi pengajaran dan iktibar,” tulis Nurul.

Menelusuri ruangan komen, wargamaya berseloroh menyatakan Syamsul harus mengikuti tip yang diberikan oleh Nurul untuk membentuk keluarga bahagia dan ada juga yang memuji Nurul biarpun bergelar madu namun tiada krisis pergolakan rumah tangga.

“Ni lain sebab yang ni baik, yang lagi satu tu siap psycho bini orang.

“Macam ni lah Sol, heh malas aku kang emo pastu aku yang tak masak.

“Suka tengok Datuk Nurul lepas jadi isteri nombor dua. Dia sangat menghormati dan menjaga perasaan isteri pertama sampai akhir hayat isteri pertama tu,” komen netizen.

 

Halimey Zamal