Selar Luah Perasaan Di Media Sosial, Rozita Che Wan Pesan Lebih Baik Kalau…

Pelakon jelita, Rozita Che Wan menyelar tindakan golongan masa kini yang kerap meluahkan rasa tidak puas hati di sosial media.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @jesnita_armanda, pelakon yang mesra disapa Che Ta ini mengakui lebih baik jika memaklumkan terus masalah kepada individu terbabit tanpa memerlinya di media sosial.

“La ni orang suka sampaikan mesej pada seseorang melalui tulisan di status. Kita tulis berkias-kias ni boleh jadi dua perkara.

“Pertama, orang yang tak berkenaan boleh bersangka tulisan tersebut berkait dirinya dan boleh mencetuskan salah faham. Kedua, orang yang berkenaan tak faham pun yang dimaksudkan adalah dirinya.

“Kedua-duanya pun tak jadi manfaat, pada kami tag sahaja yang berkenaan atau maklumkan terus pada dia atau kalau tak mampu, elok diam ja dari mencetus sangkaan,” tulis Che Ta.

Menjengah ke ruangan komen, warganet bersetuju dengan pendapat Che Ta.

“Betul lah apa Che Ta beritahu tu, orang perempuan je faham hati seorang perempuan,” komen netizen.

Halimey Zamal