Langgar Injuction Order, Puteri Sarah Bakal Saman Ira Kazar? – “Bolehlah I Saman RM10 Juta Pula Ya”

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana mendakwa madunya, Ira Kazar melanggar perintah injuksi dan meghina mahkamah.

Sarah telah berbincang bersama peguamnya dan memberi bayangan untuk menyaman RM10 juta terhadap individu terbabit.

“Baru berbincang bersama peguam saya @syamsulyusoffilm, isteri baru awak dah langgar perintah injuksi dan menghina mahkamah.

“So bolehlah I saman RM10juta ya, see you guys in court,” tulis Sarah di Instagram Story.

Terdahulu, Sarah pernah mendakwa terdapat ahli keluarga Ira yang telah melanggar perintah injuksi interim pada November yang lalu dengan mengeluarkan kenyataan berhubung namanya di media sosial.

Untuk info, Syamsul mendedahkan telah bernikah bersama Ira secara sah di Thailad berwalikan ayah isterinya sendiri iaitu pelakon vateran, Kazar Saisi di Thailand.

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

 

Halimey Zamal