“Datang Balik Berbincang? You Block I…” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respons terhadap berita pernikahan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi rakaman video, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Sarah memberitahu dia akan menjelaskan dan akan memperbetulkan beberapa soalan mengelirukan yang keluar daripada pihak suaminya.

“Jadi sekarang ni saya akan menjawab beberapa soalan kepada video tadi. Sebab saya rasa saya kena perbetulkan a few facts yang ‘misleading’ yang keluar daripada pihak Syamsul tadi,” katanya.

Menurut Sarah, dia keliru memandangkan selama empat tahun dia memberi peluang kepada suaminya untuk berbincang mengenai hal berkahwin dengan pihak sana, Syamsul tidak memberikan sebarang maklum balas.

“You kata baliklah berbincang dengan you. I just pelik after four years benda ni happened pasal you dengan dia. I bagi you peluang untuk cakap. Empat tahun tau. Bukan empat hari, bukan empat bulan tapi empat tahun,” ujarnya.

Malah, setelah ditanya berkali-kali adakah dia mahu berkahwin dengan Ira Kazar, Syamsul menafikan perkara itu.

“Banyak kali I tanya you nak kahwin dengan dia tak? Tapi you sendiri kata you tak nak. Bukan dengan I saja, you cakap dengan mak bapa you juga yang you tak akan berkahwin dengan dia,” ujarnya.

Menurut Sarah lagi, dia bertanya hal sebegitu kepada suaminya adalah kerana tidak mahu masuk campur dan bersubahat.

“Sebab kenapa I suruh you berkahwin dengan dia time tu? Sebab I tak nak bersubahat dengan maksiat yang you buat itu lah,” jelasnya.

Bercakap mengenai pulang berbincang pula, Sarah mendedahkan bahawa Syamsul menyekat nombornya di aplikasi WhatApps sejak setahun lalu.

“You kata I datang balik berbincang dengan you kan. Macam mana I nak berbincang dengan you? You dah block I. Sampai sekarang you still block I. Kalau you unblock I? Bukan ke I boleh berbincang dengan you? And you block I dah setahun dah Mohammad Syamsul,” jelasnya.

Pada pengakhiran video tersebut, Sarah mengatakan bahawa dia merasakan tindakan suaminya itu seperti seorang lelaki yang pengecut memandangkan hanya muncul di sosial media selepas sudah berkahwin.

Menurut Sarah lagi, dia tidak mahu bercakap banyak dan menyuruh Syamsul untuk berhenti menyalahkannya.

“Kepada Mohammad Syamsul, tindakan you sekarang I merasakan tindakan seorang lelaki yang pengecut. Sebabnya you dah kahwin semua baru you keluar kat media sosial and then you blame me.

“So sekarang hal dah jadi terbalik. Stop the blaming towards me. Saya pun tak nak cakap banyak. Jumpa kat court nanti,” akhiri Sarah.

Untuk info, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.

 

Dharnieya Nur Amelsa