Kongsi Video Kemas Bilik Belajar, Ramai Jadikan Intan Najuwa Sebagai Inspirasi

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pelakon Intan Najuwa sedang mengemas bilik belajarnya.

Menerusi hantaran tersebut, Intan sedang mengemas segala buku-buku belajarnya dalam keadaan tersusun.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah judul buku yang disusun olehnya itu seperti Criminal Law dan banyak lagi.

@intannajuwaaaClean and organize my new study space coz i need a diff view 😂🤓📚

♬ original sound – lanasmonkeys

“Clean and organize my new study space because I need a different view,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menjadikan Intan sebagai inspirasi dan turut ingin menjadi sepertinya.

“You’re such an inspiration.

“She is really positive vibe kind of lady.

“You’ve become my inspiration.

“Always be my motivation to study hard.

“I want to be her so bad,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang memuji kepintaran pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra itu kerana dia sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.

“Bestnya! Ada rasa interest nak belajar law.

“Beauty with brain!

“Pergh buku-buku dia.

“Everything is law.

“Dah lah amik criminal law, dream,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 691,000 tontonan dan 76,000 tanda suka.

Dharnieya Nur Amelsa