Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.

Menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram milik Aliff, dia menzahirkan rasa syukur dikurniakan ibu seperti Bonda dan menghadiahkan sebentuk cincin bernilai RM 25,675 untuk ibunya itu.

“Bukan senang nak jumpa ratu semesta alam ni, kena buat appointment dulu tau. Tetap gigih carikan hadiah untuk bonda nasib bunga tempah awal.

“Buat mak tercinta, terima kasih mak. Pengorbanan mak pada kami anak-anak tiada galang gantinya, Kri sayang mak sampai ke syurga. Semoga mak mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat, kami anak beranak sayang sangat kat mak.

“Thanks wife saya uruskan suprise ni dan kak long, abang, dan adik saya sebab join suprise kali ni, happy sangat. Semoga video ini jadi kenangan buat kita sekeluarga dan mengeratkan silaturahim, Aamiin Ya Rabbal Alamin,” tulis Aliff.

Sementara itu, warganet memuji dan bertanya rahsia kecantikan Bonda biarpun sudah tua wajahnya kekal cantik dan penampilannya tidak memperlihatkan dia sudah berusia.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya terkejut melihat harga cincin pemberian Aliff buat bonda dan ada juga yang terpegun melihat kejelitaan Rozita Ibrahim itu.

“60 tahun but look young and pretty.

“Ya Allah harga dia, bertuahnya Bonda. Semoga Bonda terus berbahagia ya.”

“Tanda harga tu memang kena tunjuk ekk? Orang kalau kasi hadiah, tanda harga orang tanggalkan,” komen netizen.

 

Halimey Zamal