Luangkan Masa Bersama Keluarga, Elyana Ajar Anak Naik Public Transport

Penyanyi Elyana dan suami, Khairul Anuar Husin membawa anak-anak mereka, Cinta Sumayah dan Cahaya Ramadhani bersiar-siar di sekitar Kuala lumpur dengan menaiki pengangkutan awam perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).

Menurut Elyana, perkara tersebut adalah inisiatif yang boleh dilakukannya bagi mengajar anak-anaknya menggunakan pengangkutan awam.

“Ajar anak-anak naik train,” tulis Elyana.

Dalam pada itu, Elyana juga sempat mengenang masa lalunya dengan menaiki train ketika baru bergelar anak seni.

“Hari pun nak hujan! Tapi syok naik train.

“Teringat zaman baru-baru nak jadi artis, pergi photoshoot balik sekolah terus naik train pergi KL,” ucap Elyana.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memuji kecantikan Elyana dan ada juga yang menyedari kehadiran aktres tersebut semasa menaiki pengangkutan awam, LRT.

“Cantiknya akak.

“Best vibe macam ni.

“Nampak dekat KLCC tadi, cantik Elyana,” komen warganet.

Halimey Zamal