Buat ‘Cover’ Di TikTok, Syarif Sleeq Ubati Kerinduan Peminat

Selepas sekian lama menyepi, bekas penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif tampil mengubati kerinduan peminatnya selepas membuat ‘cover’ sebuah lagu di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Syarif telah memuat naik videonya menyanyikan lagu yang berjudul Sedang Apa Dan Di Mana nyanyian asal Sammy Simorangkir dengan penuh penghayatan.

“Sedang apa dan dimana?,” tulisnya.

@tsyarifs Sedang apa dan dimana? #fyp #fypシ #fypage #singaporetiktok #coverlagu #fypsingapore #fypmalaysia #fypindonesia ♬ original sound – The Syarifs

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa rindu mereka terhadap penyanyi itu dan memuji kemerduan suara yang masih lagi sama seperti dulu.

Malah, ada juga yang menyatakan hasratnya untuk melihat Syarif kembali aktif dalam industri muzik.

“Rindunya Syarif dan Sleeq. Always wait till the day they comeback eventho I know they never will.

“His voice never fails.

“Lama tak dengar Syarif nyanyi.

“Come back to singing man miss that voice Cun Saja,” komen peminatnya.

Untuk makluman, Syarif merupakan sepupu kepada Alyph yang kini terkenal menerusi lagu Swipe.

Mereka pernah menghasilkan lagu bersama ketika pembabitannya dalam kumpulan Sleeq yang menjadi kegilaan ramai remaja suatu ketika dahulu.

Antara lagu yang pernah dihasilkan bersama ialah Cun Saja, Nombor 1, Tepi Sikit Untuk Dia dan banyak lagi.Selepas sekian lama menyepi, bekas penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif tampil mengubati kerinduan peminatnya selepas membuat ‘cover’ sebuah lagu di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Syarif telah memuat naik videonya menyanyikan lagu yang berjudul Sedang Apa Dan Di Mana nyanyian asal Sammy Simorangkir dengan penuh penghayatan.

“Sedang apa dan dimana?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa rindu mereka terhadap penyanyi itu dan memuji kemerduan suara yang masih lagi sama seperti dulu.

Malah, ada juga yang menyatakan hasratnya untuk melihat Syarif kembali aktif dalam industri muzik.

“Rindunya Syarif dan Sleeq. Always wait till the day they comeback eventho I know they never will.

“His voice never fails.

“Lama tak dengar Syarif nyanyi.

“Come back to singing man miss that voice Cun Saja,” komen peminatnya.

Untuk makluman, Syarif merupakan sepupu kepada Alyph yang kini terkenal menerusi lagu Swipe.

Mereka pernah menghasilkan lagu bersama ketika pembabitannya dalam kumpulan Sleeq yang menjadi kegilaan ramai remaja suatu ketika dahulu.

Antara lagu yang pernah dihasilkan bersama ialah Cun Saja, Nombor 1, Tepi Sikit Untuk Dia dan banyak lagi.

Fatin Nurain