Categories: Kisah ViralTrending

Miskin Sehingga Tak Mampu Bayar Pengasuh… Ibu Bawa Anak 2 Tahun Berniaga, Terpaksa Kurung Dalam Sangkar – “Suami Tak Ambil Peduli, Sibuk Main Game Online”

Sebuah klip video seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diletakkan di dalam sangkar beroda viral di laman sosial Weibo, platform digital terkenal di China.

Menerusi klip berdurasi 12 saat itu, kanak-kanak itu mendekati individu yang merakam gerak gerinya dan mencapai jeriji sangkar terbabit.

Terdapat sekeping papan tanda yang menutup bahagian tepi sangkar agar kehadiran kanak-kanak itu tak dapat dilihat oleh orang ramai dan ia menunjukkan bahawa pengusaha gerai itu menggunakan kereta sorong yang menjual pencuci mulut berupa jeli ais berperisa.

Dalam satu temu bual dengan China Wanxiang News, ibu itu mendedahkan dek kerana kemiskinan, dia tidak mampu membayar upah pengasuh untuk menjaga anaknya.

Terpaksa membawa anaknya berniaga, dia meletakkan anaknya di dalam sangkar di bawah tempatnya berniaga untuk memastikan tidak timbulnya sebarang masalah.

Menurut laporan China Xi’an Broadcast, ibu itu bekerja selama kira-kira lapan jam sehari dan bapanya pula tidak boleh diharap.

“Kami tidak mempunyai wang. Setiap kali tiba masa untuk membeli susu tepung, kami tidak mempunyai wang tunai.

“Kami makan sekali, dan tiada wang lagi untuk hidangan seterusnya. Dia tidak boleh ditinggalkan bersama bapa kerana suami tidak mengambil peduli dan sibuk menghabiskan sepanjang masa dengan bermain permainan dalam talian.

“Saya cuba melepaskan (anak) apabila tiada pelanggan di sekeliling. Ini kerana saya tahu anak saya sangat menderita,” kata wanita itu kepada Xi’an Broadcast.

Sumber: Wanxiang News, Xi’an Broadcast & Harian Metro

Padin