Categories: HiburanTrending

Kongsi Video Pakai Busana Serba Putih.. Peminat Tanya: “Kahwin Ke?” – Ini Jawapan Fathia Latiff

Sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran terbaru aktres sensasi, Fathia Latiff, 34, yang terkenal dengan drama lakonannya serta beberapa siri kontroversi.

Selepas terpalit dengan isu-isu panas beberapa tahun lalu, Fathia kini lebih berhati-hati dan selesa berkongsi perkembangan terkini di laman sosial miliknya.

Terbaharu, perkongsian pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff di laman sosial Instagram meraih perhatian peminat.

Berkongsi video memakai busana serba putih seperti di majlis perkahwinan, peminat bertanya, “Kahwin ke Fathia?”.

Ramah menjawab soalan peminatnya, Fathia membalas, “How I wish, haha.”

Selain itu, peminat juga memuji kejelitaan Fathia di ruangan komen hantaran terbabit.

Untuk info, Fathia mula menceburkan diri dalam dunia hiburan semenjak 2009 menerusi drama Nur Kasih dan menempa populariti menerusi drama Ariana Rose, Bencinta dan Dia Isteri Luar Biasa.

Padin