Muat Naik Video ‘Miming’ Hindustan, Gelagat Reen Rahim & Suami Raih Perhatian – “Dia Bawa Geng Sudah…”

Umum mengetahui, pelakon Reen Rahim sudah bergelar isteri kepada Hazim Zainal beberapa minggu lalu dan kini sering tampil berkongsi momen bersama suami tercintanya.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram apabila dia sedang ‘miming’ lagu hindustan di dalam kereta.

Menerusi hantaran tersebut, Hazim melayan karenah Reen sepanjang lagu Hindustan itu dimainkan dan turut ikut ‘miming’ dan menari sekali dengannya.

“Kau rasa sebenarnya Umi makin tenang ke makin pening aku dah kahwin. Dia macam ada satu lagi yang akan peningkan dia. Good luck mother,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini.

Malah, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa Reen sudah mempunyai rakan baru untuk layan lagu hindustan bersamanya.

“Adoi dia dah ada geng baru lah.

“Hahahaha. Ok lagi ngam ada geng hindustan ni.

“Dia bawa geng sudah hahaha.

“Best dua dua masuk air.

“Memang patutlah dia orang kahwin, serasi betul ni

“Mula masa kahwin tengok muka laki dia serious bukan main. Nah lepas kahwin baru tahu lelaki dia sama macam dia,” komen netizen.

Dharnieya Nur Amelsa