Netizen Sebak Lihat Hubungan Akrab Puteri Balqis & Ibu – “Mereka Harungi Liku Kehidupan Bersama…”

Tular perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan keakraban dan kemesraan pelakon Puteri Balqis dan ibu, Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Norashikin sentiasa menemaninya dan turut berada di sisi serta membantunya bersiap dengan menyikat rambut pelakon yang mesra disapa Aqish itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat mereka berdua yang akrab dan sentiasa bersama-sama itu.

“Itulah ibu yang tiada ternilai sayangnya.

“Nampak air mukanya, menyimpan seribu duka. Hanya Allah yang tahu.

“Hidup dia hanyalah ibu dia seorang saja.

“Semoga sentiasa kuat dalam kehidupan yang keras ini Balqis dan ibunya.

“Lama mereka harungi liku-liku kehidupan bersama. Akhirnya bebas dari derita yang mereka alami, dari segi tekanan fizikal dan mental,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 61,000 tanda suka dan lebih 741 komen.Tular perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan keakraban dan kemesraan pelakon Puteri Balqis dan ibu, Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Norashikin sentiasa menemaninya dan turut berada di sisi serta membantunya bersiap dengan menyikat rambut pelakon yang mesra disapa Aqish itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat mereka berdua yang akrab dan sentiasa bersama-sama itu.

“Itulah ibu yang tiada ternilai sayangnya.

“Nampak air mukanya, menyimpan seribu duka. Hanya Allah yang tahu.

“Hidup dia hanyalah ibu dia seorang saja.

“Semoga sentiasa kuat dalam kehidupan yang keras ini Balqis dan ibunya.

“Lama mereka harungi liku-liku kehidupan bersama. Akhirnya bebas dari derita yang mereka alami, dari segi tekanan fizikal dan mental,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 61,000 tanda suka dan lebih 741 komen.

Dharnieya Nur Amelsa