[VIDEO] Buat Trend Video Anime Di TikTok, Zulin Aziz Undang Tawa – “Dah Kenapa Sampai Tukar Jantina Ni Oi!”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik video memaparkan dia dan suami, Farhan Norzaini melakukan ‘challenge’ made you look yang menukarkan wajah seseorang dalam bentuk anime 3D di TikTok.

@zulinazizDah kenapa sampai tukar jantina ni oi!!! Orang lain buat elok je haih. Baru nak sweet2… 😭😭😭😭😭😤😤😤😤😤😤♬ Made You Look – Meghan Trainor

Malangnya, hasil video tersebut menyebabkan ‘jantina’ Zulin dan suami telah tertukar.

“Dah kenapa sampai tukar jantina ni oiii!

“Orang lain buat elok je haihhh. Baru nak sweet-sweet dengan suami.” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet terhibur dengan video tersebut dan ada juga yang memberitahu wajah Zulin tampak lebih lelaki berbanding suaminya.

“Boleh pula terbalik.

“Farhan kemain erk senyum dia.

“Muka hang lagi jantan dari laki hang, Zulin.” tulis netizen.

“Boleh pula terbalik.

“Farhan kemain erk senyum dia.

“Muka hang lagi jantan dari laki hang, Zulin.” tulis netizen.

 

 

Halimey Zamal