Dituduh Tak Cuci Baju Kotor Anak Tiri, Individu Dakwa Izreen Azminda Berkira… Suami Tampil Sekolahkan Netizen

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa bengang apabila ada individu mendakwa dirinya malas untuk membasuh baju anak tirinya.

Menerusi hantaran di Instagram Storiesnya, Izreen berkongsi sebuah tangkap layar perbualannya dengan individu itu.

“Baju kotor tak cuci kan? Spending time dengan bapa but baju kotor mak dia kena cuci? I don’t think it’s fair.

“Spend time sana then kena lah kasi balik dengan bersih dan senang kan,” kata individu itu.

Susulan itu, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 37, itu tidak berdiam diri dan dilihat membalas dakwaan tersebut dengan menjelaskan perkara sebenar.

 

Menerusi hantaran lain, suaminya dilihat mempertahankan Izreen dengan menyatakan segelintir warganet sekarang ini tidak menggunakan otak sebaiknya.

Namun begitu, Izreen tidak menyangka hantarannya itu mendapat banyak respon yang rata-ratanya mengecam individu yang melemparkan tuduhan kepadanya.

Atiqah Johari