[VIDEO] “Bila Masa Dia Ada Kat Situ?” – Comelnya Gelagat Syeriv Tiru Syatilla Melvin!

Pelakon, model dan usahawan Syatilla Melvin memuat naik video bersama anak sulungnya, Syeriv Samheizy dalam kereta sambil membuat trend TikTok.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin sedang lip sync lagu bertajuk Berbeza Kasta nyanyian Thomas Arya, yang telah diolah semula oleh Kalia Siska dan SKA 86.

@samtilla82

Syeriv kenapa ah? Aku xtau bila masa dia kt situ😂 lip cloudy code MALDVIES coming soonn

♬ berbeza kasta – '𝐆𝐔𝐍𝐀𝐖𝐀𝐍'

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen apabila anak lelaki sulungnya, Syeriv mengikuti gaya serta telatah ibunya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah Syeriv dan ramai yang berkata bahawa anaknya itu persis sifat ibunya.

“Anak ikut maknya, comel Syeriv.

“Anak hang sama naik nooo.

“Yang time nyanyi malam tadi pun kemain ligat lagi dia hahaha.

“Apa ni ibu, Syeriv backup dancer tau.

“Hahaha Syeriv ni menurun Tilla,” komen netizen.

Malah, ada juga netizen yang memuji kecantikan Syatilla walaupun dikata menggayakan tudung ‘style’ mak cik.

“Pakai tudung style mak cik pun cantik tauu.

“Syatilla pakai tudung mcm songkok pun cantik ye, kalo aku pakai gitu emm hauk.

“Tudung buat mcm tu pun still nampak cantik,” komen warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 84,000 tanda suka dan lebih 200 komen.Pelakon, model dan usahawan Syatilla Melvin memuat naik video bersama anak sulungnya, Syeriv Samheizy dalam kereta sambil membuat trend TikTok.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin sedang lip sync lagu bertajuk Berbeza Kasta nyanyian Thomas Arya, yang telah diolah semula oleh Kalia Siska dan SKA 86.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen apabila anak lelaki sulungnya, Syeriv mengikuti gaya serta telatah ibunya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah Syeriv dan ramai yang berkata bahawa anaknya itu persis sifat ibunya.

“Anak ikut maknya, comel Syeriv.

“Anak hang sama naik nooo.

“Yang time nyanyi malam tadi pun kemain ligat lagi dia hahaha.

“Apa ni ibu, Syeriv backup dancer tau.

“Hahaha Syeriv ni menurun Tilla,” komen netizen.

Malah, ada juga netizen yang memuji kecantikan Syatilla walaupun dikata menggayakan tudung ‘style’ mak cik.

“Pakai tudung style mak cik pun cantik tauu.

“Syatilla pakai tudung mcm songkok pun cantik ye, kalo aku pakai gitu emm hauk.

“Tudung buat mcm tu pun still nampak cantik,” komen warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 84,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Khairunnisa Mohamad Musa