Padah ‘Modified’ Nissan Skyline Jadi Kereta Polis, Peniaga Berdepan Tindakan Tegas

Seorang peniaga ditahan pihak polis selepas mengubahsuai kereta peribadi jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis ketika menyertai pameran kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berumur 43 tahun yang berniaga aksesori kenderaan ditahan pada jam 10.30 malam selepas kereta terbabit viral di TikTok.

Penahan itu dilakukan selepas pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang melakukan pemerhatian di pusat pameran dan merampas kereta tersebut yang dikatakan mempunyai lambang serta corak yang menyerupai kenderaan polis.

Tambah Wan Kamarul, pemilik kenderaan terbabit juga mempunyai cukai jalan yang lengkap.

“Kenderaan terbabit mempunyai cukai jalan lengkap dan digunakan oleh pemiliknya,” katanya.

 

Bagaimanapun, pemilik kenderaan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas.

@motoqar #Nissan #Skyline kereta polis PDRM. Kami ada kat Art Of Speed 2022 ni. #aos2022 ♬ original sound – Motoqar

 

Sumber: BH, Tik TokSeorang peniaga ditahan pihak polis selepas mengubahsuai kereta peribadi jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis ketika menyertai pameran kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berumur 43 tahun yang berniaga aksesori kenderaan ditahan pada jam 10.30 malam selepas kereta terbabit viral di TikTok.

Penahan itu dilakukan selepas pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang melakukan pemerhatian di pusat pameran dan merampas kereta tersebut yang dikatakan mempunyai lambang serta corak yang menyerupai kenderaan polis.

Tambah Wan Kamarul, pemilik kenderaan terbabit juga mempunyai cukai jalan yang lengkap.

“Kenderaan terbabit mempunyai cukai jalan lengkap dan digunakan oleh pemiliknya,” katanya.

 

Bagaimanapun, pemilik kenderaan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas.

 

Sumber: BH, Tik Tok

Salma Syahbuddin