Kisah Viral By: Fatin Nurain December 29, 2022 @ 9:42am

Pelakon Lelaki Ditahan Polis Kerana Pandu Melulu Sehingga Kekasih Tercampak Keluar Dari Kereta

Seorang pelakon lelaki ditahan polis gara-gara memandu kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kemalangan yang tular di media sosial dan menyebabkan seorang penumpang wanita tercampak keluar dari kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan.

“Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis turut menyatakan wanita tersebut mengalami cedera ringan dan dia juga merupakan kekasih kepada selebriti terbabit.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu,” katanya.

Tambah beliau, hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati pelakon tersebut negatif dari sebarang penggunaan dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.

“Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis tersebut turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, satu video berdurasi 42 saat yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melulu di MRR2 tular di media sosial, baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023
Selebriti Wed, 3 Apr 2024
Hiburan Wed, 10 Jul 2019

‘Saya Dah Cuba’-Mawar Masih Sayangkan Fizo Omar?

Bekas isteri Fizo Omar mengaku dia telah mencuba sedaya upaya menyelamatkan bahtera rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu.

Hiburan Thu, 30 Jan 2020
Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Pengaruh Eina Azman, Netizen Mula Rajin Masuk Dapur

Tidak menyangka rakaman video masakan yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik Datin Paduka Eina Azman telah memberi pengaruh kepada ramai netizen untuk ke dapur.

Selebriti Wed, 6 Sep 2023

“It’s Due Next Month” – Bakal Timang Anak Kedua, Izara Aishah Kongsi Foto ‘Baby Bump’

Alhamdulillah Tahniah! Semoga dipermudah urusan bersalin Izara 🫶

Events Fri, 29 Apr 2022
Featured Fri, 14 Oct 2022

Gara-Gara Asap Masakan Masuk Bilik, Lelaki Bertindak Belasah Adik Perempuan Sehingga Patah Gigi

Abangnya bertindak tarik rambut, tumbuk dan tampar bahagian muka sampai patah gigi… 😱