“Roger 7 Boyfriends Tu..” – Pasangan ‘Pelawak’ Minta Dana Awam RM40,000 Untuk Ikat Jamin, Reaksi Caprice Sangat Win!

Umum sedia maklum, pasangan kekasih kontroversi membuat lawak jenaka menghina Islam serta mencemarkan maruah wanita telahpun ditahan oleh pihak polis.

Susulan itu,memetik laporan MalaysiaKini, pasangan tersebut meminta dana kepada orang awam berjumlah RM40,000 bagi membolehkan mereka diikat jamin.

Ekoran itu, permintaan mereka itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang seakan terhibur dan mengkritik tindakan pasangan ini yang dianggap sangat melampau serta menggali kubur sendiri.

Tidak ketinggalan, pempengaruh dan pendakwah bebas, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut meninggalkan komen di sebuah hantaran berita tersebut oleh sebuah portal hiburan.

“Roger tujuh boyfriends tu..” tulisnya ringkas.

Tertuduh, Siti Nuramira Abdullah, 26, dan kekasih, Alexander Navin Vijayachandran, 38, dikatakan terpaksa menggunakan kaedah ini kerana wang jaminan yang diminta agak tinggi.

Menurut peguam mewakili mereka, Peguam R Sivaraj berkata hanya RM3,000 yang dapat dikumpulkan hasil sumbangan peguam, NGO, dan orang awam.

“Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.

“Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak dahu nombor pin,” katanya.

Mengulas lanjut, peguam tersebut berkata mereka masih mencari satu platform yang sesuai untuk memudahkan urusan pemulangan semula segala sumbangan yang telah diberikan penderma selepas kes selesai.

Terdahulu, pasangan kekasih berkenaan ditahan selepas wanita tersebut membuat persembahan ‘terkutuk’ dengan menghina agama Islam serta tampil separuh bogel secara tiba-tiba di pusat kelab komedi CrackHouse Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Cemarkan Raya Haji… Netizen Kecam Pelawak Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Tiba-Tiba Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mengaku Sudah Berkahwin & Ada 7 Boyfriend, Pelawak Wanita Tampil Separuh Bogel Mengaku Tidak Bersalah… Sering Kongsi Tips Hubungan S*ks, Netizen Syak ‘Culture Shock’ 

Artikel Berkaitan: Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Sumber: Malaysiakini

Aqilah Paharuzi