Featured By: Atiqah Johari April 12, 2022 @ 3:17pm

“Saya Akan Bakar Rumah Jadi Arang…” – Pesara Terkejut Rumah Dan Kereta Disimbah Cat Merah

Seorang pesara tentera, Md Deris Salleh, 69, memaklumkan bahawa rumah dan kereta menantunya telah disimbah cat merah oleh individu yang tak dikenali.

Md Deris mengesyaki perbuatan tersebut adalah daripada ah long tetapi tersalah alamat dan ia berlaku pada awal pagi Jumaat di Lorong Haji Ariffin, Batu 7, Tanjung Kling, Melaka.

Kejadian ini disedari oleh isterinya, Jamilah Baba, 62, saat bangun awal pagi untuk menyediakan juadah bagi mereka sekeluarga untuk bersahur pada pukul 4.30 pagi.

Menurut Jamilah, ketika membuka pintu rumah dan lampu luar dia ternampak kesan berwarna merah dihadapan rumah sebelum memaklumkan kepada suaminya.

“Saya syak ini angkara ah long tersalah alamat kerana saya tidak pernah pinjam atau berhutang dengan mana-mana ceti haram.

“Apabila menantu saya Mohamad Faizal Mohamad Yusoff, 32, memeriksa dia terkejut mendapati bahagian sisi kanan Proton Persona miliknya disimbah cat merah. Bahagian depan beranda rumah dan kereta Proton Saga anak saya turut terkena cat itu.

“Selain itu, terdapat kertas yang mengandungi tulisan Cina beserta nombor telefon luar negara atas nama ‘Mikey Keat’ ditinggalkan di pagar rumah.” ujarnya kepada Harian Metro.

Md Deris memberitahu bahawa tulisan yang terdapat di kertas tersebut berbaur ugutan untuk membakar rumahnya.

“Anak saya ada menyemak maksud tulisan Cina itu di internet ia bermaksud ‘Kalau tak reply saya lagi, saya akan bakar rumah awak jadi arang!’

Walaubagaimanapun, anak perempuan Md Deris ada menghubungi nombor tersebut melalui aplikasi WhatsApp bagi memaklumkan yang individu tersebut telah salah alamat dan meminta ganti rugi, namun tidak mendapat apa-apa respons.

Ambil langkah selamat, Md Deris telah membuat laporan polis di Balai Polis, Tanjung Kling.

Hal ini kerana dia amat terkejut dan bimbang akan keselamatan keluarganya walaupun dia mengatakan tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa di kampung itu.

Apapun, dia mengatakan sebelum kejadian tersebut tiada perkara aneh yang berlaku malah mereka sekeluarga bersyukur tidak diapa-apakan oleh individu tersebut selain cat merah itu jenis cat kapur dan agak mudah untuk dibersihkan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 May 2020

Kes baharu COVID-19 kembali dikesan di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Negeri Zon Hijau terkesan akibat rentas negeri

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Apink Naeun Got Plastic Surgery, Again?

Netizens discuss whether her getting work done is for better or the worse.

Trending Tue, 26 Jan 2021

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Beri Kata Semangat Buat ‘Frontliners’

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menerusi satu hantaran di laman Facebook baginda menzahirkan kata-kaat semangat buat petugas perubatan di semua hospital di negeri tersebut. Kata-kaat […]

Trending Sat, 2 Jun 2018

Mengembara Lebih 3,000km Ke Rusia, Baru Sedar Tiket Tertinggal Di Rumah

Nasib Tak Baik, Peminat Tegar England Mengembara Lebih 3,000km Ke Rusia, Baru Sedar Tiket Tertinggal Di Rumah

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Emosi Misha Omar Terkesan, Hati Robek Atas Nasib Menimpa Palestin… – “Tak Boleh Tidur, Hampir Deactivate Akaun”

‘Peluk anak rasa dia lain, sukar nak digambarkan dengan kata-kata’ – Misha Omar 😢

Featured Wed, 22 May 2024
Featured Mon, 10 Jan 2022

Ditanya Bila Nak Tambah Anak, Ini Jawapan Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menjelaskan alasan dia tidak menambah bilangan zuriat walaupun dua orang anaknya sudah mula membesar. Bagi Diana, pada usia anaknya yang begitu, mereka perlukan bimbingan dan input daripada ibu bapa sepanjang masa sebelum […]