Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 9, 2022 @ 7:27pm

“Selagi Boleh Elak Akan Saya Elakkan…” – Sharifah Rose Akui Salah Bersentuhan Dengan Lelaki Dalam Drama

Pelakon jelita, Sharifah Rose bersetuju mengenai babak yang memerlukan untuk bersentuhan adalah isu yang sensitif dan menjadi salah satu kesalahan terutama untuk wanita yang bertudung.

Memetik laporan Gempak, Rose hanya melakonkan babak mesra bersama lelaki atas sebab tanggungjawab untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Menurutnya, dia sudah memberitahu terlebih dahulu kepada pengarah dan produser untuk mengelakkan diri daripada melakonkan babak mesra atau negatif.

“Pada awal pengambaran saya beritahu pihak produser dan pengarah jika ada babak yang mesra atau sensitif selagi boleh elak akan dielakkan.

“Tapi kalau babak itu memang perlu bersentuhan, contohnya saya pengsan dan dia (pelakon lelaki) perlu angkat atau tolong saya, itu mungkin benda yang tidak boleh dielak.

“Saya pelakon, itu tanggungjawab sebagai seorang pelakon. Bukan nak kata saya tak kisah sangat, tapi saya masih tahu batas,” kata Rose.

Tambahnya, walaupun masih dalam proses memperbaiki diri menjadi pelakon yang lebih baik namun dia tetap dengan pendirian berkenaan isu bersentuhan.

“Saya akui babak yang bersentuhan itu adalah agak sensitif bagi sesetengah netizen, saya tidak akan menegakkan benang yang basah, yang salah tetap salah.

“Daripada itu saya belajar sesuatu juga untuk menjadi pelakon lebih baik,” kata Rose lagi.

Terdahulu, satu babak bersentuhan tangan lakonan Rose bersama pelakon lelaki telah menjadi bualan hangat dan kritikan netizen.

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

DSV Buat Perangai, Samakan Karipap Dengan ***

DSV samakan makanan dengan bahagian sensitif wanita???

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Tue, 6 Nov 2018
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Khatam Al-Quran Sewaktu Usia 6 Tahun

Seawal usia 6 tahun, anak sulungnya, iaitu Bella sudah pun khatam Al-Quran.

Trending Mon, 17 Dec 2018

“Ini Last Race Aku” – Pelumba CP150 Hafiz Temui Ajal Di Litar Lumba

Hajat Allahyarham untuk membawa orang tuanya melakukan ibadah umrah tidak kesempaian.

Trending Mon, 21 Jun 2021