Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 21, 2021 @ 2:21pm

Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Suntikan Vaksin Akan Diteliti – Khairy Jamaluddin

Kebenaran untuk rentas negeri bagi individu yang telah lengkap suntikan vaksin akan diteliti oleh kerajaan. Ini kerana, jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKAV) sedang diperhalusi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaann, Khairy Jamaluddin berkata, ia akan melihat aspek klinikal selain mengambil kira data-data dari negara lain.

Malah mereka yang sudah lengkap suntikan vaksin akan dikenalpasti menerusi aplikasi Mysejahtera yang berperanan sebagai pasport untuk mereka.

“Apabila profil Mysejahtera berwarna kuning, bermakna vaksinasi anda sudah lengkap. Dan QR kod tersebut akan digunakan apabila jawatankuasa teknikal mengesyorkan kebebasan melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan” katanya ketika sidang  media bersama Menteri kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Pelan Pemulihan Negara – Vaksinasi Kunci Kepada Pemulihan Ekonomi.

Difahamkan, kerajaan kini sedang berunding dengan negara-negara lain untuk mendapatkan pengiktirafan bersama mengenai pasport vaksinasi dan setakat ini Singapura sudah hampir memuktamadkan rundingan tersebut dengan Malaysia.

Bagaimanapun, Khairy menegaskan agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan  melancarkan proses vaksinasi sekaligus kebenaran rentas negeri dan aktiviti ekonomi lain dapat dijalankan seperti sediakala.

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Sep 2022

“Kan Elok Sekali Sekala Berpakaian Normal” – Busana Aina Abdul Dapat Pujian Netizen

Haa macam ni nampak classy sangat! Apapun Aina memang cantik! 😍

Featured Thu, 17 Oct 2024

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Hmmmm… betul ke ni. So, acah je lah ni pakai bunga yang sedia ada👀

Featured Sun, 6 Mar 2022
Trending Mon, 15 Jan 2018

Tanah Jalan Semarak Di Serah Semula Oleh Synergy Promenade Kepada Felda

Synergy Promenade Serah Semula Tanah Jalan Semarak Kepada Felda

Trending Wed, 7 Apr 2021

Tak Mungkin Mendua Menjadi Taruhan Terbaru Fadh Majid

Penyanyi Fadh Majid melancarkan single keduanya, Tak Mungkin Mendua yang mendpat sentuhan Ajai selaku komposer dan Fedtri Yahya selaku penulis lirik. Single kedua Fadh menyusul sesudah setahun single pertamanya, Bukan Takdirku dilancarkan. Dilahirkan dengan nama […]

Trending Tue, 10 Apr 2018

Pilihan Raya Umum Jatuh Pada 9 Mei Ini!

Pengumuman ini telah diumumkan oleh Tan Sri, Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia sebentar tadi

error: Content is protected !!