Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 7, 2021 @ 11:57am

Tak Mungkin Mendua Menjadi Taruhan Terbaru Fadh Majid

Penyanyi Fadh Majid melancarkan single keduanya, Tak Mungkin Mendua yang mendpat sentuhan Ajai selaku komposer dan Fedtri Yahya selaku penulis lirik.

Single kedua Fadh menyusul sesudah setahun single pertamanya, Bukan Takdirku dilancarkan.

Dilahirkan dengan nama Muhammad Fadhlullah Abdul Majid, 28, anak jati kelahiran Melaka ini berkata, Tak Mungkin Mendua adalah sebuah karya yang menceritakan tentang kesetiaan seorang lelaki terhadap pasangannya yang lebih tahu menghargai dirinya jika dibandingkan cinta pertama beliau.

“Percintaan seumpama ini cukup sinonim dan seringkali terjadi dalam dunia nyata. Meskipun ia sebuah kisah klise, namun mesej positif terus diterapkan dimana pentingnya kesetiaan dan menghargai insan yang bersama kita tatkala susah atau senang,” katanya.

Turut mengasah bakat dalam bidang lakonan, Fadh mengakui pembabitan menerusi sebuah program realiti tidak lama dulu memberikannya lebih banyak ruang menyerlahkan bakat.

Peluang membintangi beberapa buat drama dan telemovie terbitan syarikat televisyen popular tempatan, merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan buatnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Muzik, Ikmal Fareeq berkata, Fadh memiliki suara unik yang jarang-jarang ada di Malaysia.

Itu adalah salah satu faktor utama kenapa Todak Music melamar beliau sebagai artis di bawah naungan Todak Music.

“Sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam industri muzik tanahair, saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap lagu ini, semestinya kerana ia sebuah karya sentuhan Ajai dan Fedtri.

“Ditambah pula dengan gaya nyanyian Fadh Majid yang unik, bahkan berharap lagu ini dapat diterima semua dan mendapat sambutan hangat’,” katanya.

Tambah Kamarul Arifin, Pengurus A&R Todak Muzik, lagu terbaru dari Fadh kali ini sedikit berbeza dari biasa.

“Pemilihan genre kali ini diselitkan elemen fusion antarabangsa namun tetap mengekalkan melodi asal citarasa melayu agar tetap boleh diterima oleh pencinta muzik tempatan,” katanya.

Tak Mungkin Mendua, kini boleh didengari di semua platform penstriman dan boleh dimuat turun menerusi Apple Muzik serta dijadikan nada dering di semua syarikat telco serta lirik video boleh ditonton menerusi saluran YouTube Todak Muzik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Sang Dewi Versi Misha Omar Buat Ramai ‘Galau’ – “Merintih! Nak Full Cover Please”

Hujan hujan ni bertambah galau min dengar Kak Mitch nyanyi lagu Sang Dewi 🥲🥲

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Wajah Anak Dihina Netizen, Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby! Kak KM Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Tajam betul kata-kata orang yg sempurna! Ingat, benda tu boleh berbalik kat kita yang mengata tau.

Trending Thu, 19 Jul 2018

Luahan Hati Si Ibu, ‘Saya Tak Boleh Terima Bagaimana Adam Diperlakukan,’

Saya tak boleh terima anak saya dilakukan sedemikian, kerana saya tak buat anak orang begitu…

Featured Sat, 27 Aug 2022

Babitkan 11 Pertuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicara Bulan Depan

Appaun, jangan menghina kerana kita tidak tahu apa yang berlaku. Tunggu saja perbicaraan kes nanti okay!

Hiburan Thu, 12 Dec 2024
error: Content is protected !!