Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 19, 2018 @ 12:14am

Luahan Hati Si Ibu, ‘Saya Tak Boleh Terima Bagaimana Adam Diperlakukan,’

Kes pemergian Adam Rayqal Sufi Naeif ternyata ditangisi seluruh rakyat Malaysia. Namun orang yang paling terkesan sudah tentu ahli keluarganya sendiri.

Ibunya, Farah Madihah berkata kepada wartawan NSTP, beliau tidak menyangka pengasuh berusia 33 tahun itu bertindak begitu kejam dalam masa sama akan ada tindakan setimpal dikenakan ke atasnya.

Farah yang juga berkhidmat sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, pengasuh ada menghubunginya dan memberitahu dengan yakin Adam diambil seorang lelaki.

“ Saya ingatkan betul-betul anak saya dilarikan, tak terfikir langsung pengasuh akan buat Adam begitu.

“Tapi bila tahu anak saya ditemui di tempat tidak sepatutnya, saya tak boleh terima dan saya tak dapat bayangkan keadaan anak saya ketika itu.

“ Saya tak boleh terima anak saya dilakukan sedemikian, kerana saya tak buat anak orang begitu,” katanya sewaktu menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad, semalam.

Mayat Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif ditemui mati dalam peti sejuk rumah pengasuh, di Kampung Nahkoda, Batu Caves, 3 Julai lalu.

Katanya, dia berharap kejadian menimpa ke atas anak itu diambil iktibar dan kerajaan dapat memantau seterusnya menyediakan kemudahan pusat asuhan di tempat bekerja.

“Sebagai kakitangan pusat perubatan, kita menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit jadi tak salah sekiranya kebajikan kami juga turut dijaga.

“Susah nak jumpa pusat asuhan menyediakan perkhidmatan menjaga mengambil anak-anak yang ibu bapanya bekerja shif, jika ada pasti kosnya tinggi dan bila ada kemudahan itu ia sangat membantu.

“Memang susah nak meletakkan keyakinan kepada pengasuh tapi bila dia beri keyakinan dan menjaga pula seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) sedikit sebanyak saya membuat pertimbangan menghantar anak saya ke pengasuh itu,” katanya.

Kisah Adam Rayqal menggemparkan negara selepas ditemui dalam peti sejuk beberapa jam dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya.

Susulan daripada kejadian, suspek juga pengasuh, Noor Aqilah Abd Rahman, 33 didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut didakwa melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa supaya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Sementara itu Noraini berkata, pihaknya mendesak kerajaan menyediakan kemudahan pusat asuhan di jabatan kerajaan sebelum melebarkan perkhidmatan tersebut kepada syarikat swasta.

“Sudah tiba masanya perkara itu dijadikan kewajipan, sebelum ini ia hanya berbentuk galakan. Kementerian juga disaran mewujudkan pusat latihan agar pengasuh dapat menjalankan tugas dengan profesional,” katanya.

Katanya, aktiviti pusat asuhan perlu dipantau dan berdaftar dengan kementerian.

“Kementerian boleh paparkan nama pengasuh yang berdaftar kepada umum melalui laman sesawang dan hebahan di pihak berkuasa tempatan sebagai rujukan serta meyakinkan ibu bapa.

“Isu pusat pengasuh dan pengasuh ini perlu diambil serius dan diselesaikan segera, jangan jadikannya sebagai isu bermusim,” katanya. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 9 Apr 2026

Adam Lee Bawa Watak Dua Identiti Demi Anak Dalam ‘Bayangan Lelaki Sempurna’

Bermula malam ini di slot Akasia, Bayangan Lelaki Sempurna tampil dengan kisah menyentuh hati mengenai pengorbanan seorang bapa tunggal yang sanggup menjalani dua kehidupan demi anaknya.

Trending Wed, 13 Mar 2019

Viral Isu Pembuangan Toksik, 34 Sekolah Ditutup di Pasir Gudang

Viral di laman twitter apabila kes pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang menyebabkan murid di sekolah mengalami masalah sesak nafas akibat terhidu gas toksik berbahaya.

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

“Waktu Saya Pergi, Linda Masih Setia” – Kembali Rujuk Dengan Isteri, Beego Akui Belum Cukup Matang

Tiada siapa yang sempurna kan, yang penting ada usaha nak perbaiki hubungan

Trending Mon, 8 Apr 2019
Hiburan Fri, 29 May 2026

Bergurau Isu Katil ‘Double Decker’ Untuk Anak-Anak Bertukar Kecaman, Sharifah Aleya Ditegur Warganet

Aleya secara spontan meminta mana-mana penjual katil dan tilam yang berminat untuk menaja katil dua tingkat buat anak-anaknya.

Trending Sat, 25 Jun 2022

“Dia Buat Kita Rasa Selesa Sangat” – Rasa Kehilangan, Siti Nurhaliza Kagum Dengan Adibah Noor

Siti Nurhaliza sangat terkesan dengan pemergian arwah Adibah Noor yang merupakan idolanya.

Trending Tue, 24 Apr 2018

15张「不需要PS」视觉就非常震撼的精彩照片

自然和人类都是伟大的艺术家,当他们联手,可以产生惊人的杰作;捕捉难能可贵的一瞬间、最棒的时机、最棒的构图画面是一名成功摄影师厉害的地方。

error: Content is protected !!