Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 29, 2026 @ 2:16pm

Bergurau Isu Katil ‘Double Decker’ Untuk Anak-Anak Bertukar Kecaman, Sharifah Aleya Ditegur Warganet

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya, menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas berkongsi permintaan mendapatkan tajaan katil dan tilam untuk dua anak lelakinya menerusi media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Aleya secara spontan meminta mana-mana penjual katil dan tilam yang berminat untuk menaja katil dua tingkat buat anak-anaknya.

“Ada tak siapa-siapa penjual katil dan tilam berminat sponsor double decker frame and mattresses for my sons? I need to get them out of my room.

“2 pagi tadi bertumbuk, bergaduh siapa nak tidur sebelah mummy. Pukul 4 pagi mummy dah kena bangun,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan Aleya meminta tajaan bagi keperluan anak-anaknya.

Malah, ada yang turut mempertikaikan sama ada bekas suaminya tidak menyediakan wang secukupnya untuk membeli keperluan tersebut.

Disebalik kecaman yang diterima, terdapat juga netizen yang tampil mempertahankan Aleya dengan menyifatkan hantaran itu sekadar gurauan dan tidak sepatutnya diperbesarkan.

Terdahulu, Sharifah Aleya atau nama penuhnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 44, mengumumkan perceraiannya dengan suami, Mohammad Azam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Miko.

Menerusi perkongsian di Instagram sebelum ini, Aleya memaklumkan pengumuman itu dibuat selepas tamat tempoh iddahnya sebagai menghormati proses yang dilalui selepas berpisah.

Untuk rekod, Aleya dan Miko mendirikan rumah tangga pada Januari 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Ali Abdullah dan Ahyan Abdullah.

Sebelum itu, Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 sebelum berpisah pada Februari 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia 17 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Nov 2019

A 17-Year-Old Passed Away After Pulling an All-Nighter of Gaming Session

“I want my son’s death to be an example…” the father said.

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

ACTOR JEON TAE SOO PASSES AWAY DUE TO DEPRESSION

Ha Ji Won’s younger brother, Jeon Tae Soo passes away after long battle with depression. Click in to view for more information.

Hiburan Tue, 18 Mar 2025

Syukur Dapat Bertemu Fatima, Fattah Amin Bakal Beraya Dengan Anak Pada 3 & 4 Syawal

Fattah Amin bakal menyambut Hari Raya dengan Fatima pada 3 dan 4 Syawal.

Featured Tue, 11 Apr 2023

Belum Memiliki Lesen Memandu, Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun!

Congratulations! Kena cepat-cepat amik lesen baru boleh drive okay

Hiburan Fri, 28 Jun 2024

Suami Lebih Suka Afifah Nasir Duduk Rumah, Tak Perlu Keluar Kerja

Untung dapat suami penyayang dan sangat bertanggungjawab

Featured Fri, 17 May 2024

Followers Hilang, Viewers Berkurang… Lufya Omar Tak Kisah -“Bila Letak Bendera Atau Cakap Pasal P*lestin Mesti Akan Drop”

Sabarlah Lufya, ni semua ujian untuk kita. Yang penting dah jalankan tanggungjawab🙌

error: Content is protected !!