Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 18, 2025 @ 8:28pm

Syukur Dapat Bertemu Fatima, Fattah Amin Bakal Beraya Dengan Anak Pada 3 & 4 Syawal

Pelakon sensasi, Fattah Amin, 35, meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 5, dalam pertemuan mereka semalam.

Pernah meluahkan perasaan kecewa apabila dia tidak dapat berjumpa dengan Fatima kerana anak tunggalnya tidak sihat, Fattah gembira dapat bertemu serta berbual banyak perkara dengan puterinya.

Menurut Fattah, Fatima masih berada dalam keadaan kurang sihat kerana demam, namun atas doa orang ramai juga akhirnya mereka berdua dapat bertemu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Berapa Kali Daddy Datang, Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” – Fattah Amin Risau Anak Tak Sihat

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkanlah Setiap Kali Jumpa Anak, Saya Nak Upload..” – Fattah Amin Nafi Tuduhan Terlalu Sibuk Sampai Tak Sempat Bertemu Fatima

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira, berkat doa semua orang, saya dapat berjumpa Fatima hari ini (semalam), sebelum acara ini bermula. Dia beritahu saya dia masih demam dan sedikit tidak sihat. Tetapi, keadaannya tak teruk sangat.

“Hari itu ketika mahu berjumpa dia (Fatima) memang saya tidak dapat jumpa kerana dia tidak sihat. Tapi, selepas dapat jumpa tadi (semalam), banyaklah saya bersembang dengan dia, banyak perkara kami bualkan,” katanya kepada XTRA.

Fattah ditemui di majlis berbuka puasa dan solat Tarawih Fattah Amin bersama anak-anak tahfiz, keluarga, peminat dan media di Rumah Abang Jamil Kuala Lumpur, semalam.

Berbicara mengenai sambutan Syawal pada tahun ini, Fattah akan meraikan bersama keluarga dan bakal bersama Fatima pada Hari Raya ketiga serta keempat.

“Saya dan bekas isteri akan bergilir-gilir. Fatima akan beraya dulu dengan ibunya pada 1 dan 2 Syawal. Selepas itu, pada raya ketiga serta keempat, baru giliran Fatima bersama saya.

“Kalau boleh nak lama sedikit beraya dengan Fatima, tapi dah ada persetujuan untuk bergilir-gilir itu. Jadi, kita tengok dulu macam mana perbincangan dengan pihak sana, tapi apa yang penting Fatima gembira.

“Insya-Allah, baju raya saya dengan Fatima warna biru. Cuma, buat masa ini saya pun belum berkesempatan (buat persiapan raya) kerana sibuk bekerja.

“Bagaimanapun, memandangkan saya juga duta Jakel pada tahun ini, jadi agak memudahkan bagi saya mempersiapkan semua itu untuk anak dan ahli keluarga saya,” katanya.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Fattah bercerai talak satu dengan bekas isterinya juga pelakon, Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Aug 2025

“Doakan Saya Dapat Anak Kembar” – Mimi Lana

Mimi Lana berharap dapat anak kembar

Featured Mon, 2 Aug 2021

RIPPLE Kini Dikenali Media Prima Audio

Platform radio Media Prima, RIPPLE kini ditukar nama kepada Media Prima Audio atau MPA bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategik. Penjenamaan baharu terbabit dilakukan dalam misi menjadikan industri penyiaran radio […]

Trending Wed, 24 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Gambar Pekerja Suap OKU Jadi Tumpuan Warganet!

InshaAllah, semoga Allah SWT membalas kebaikan Imran!

Trending Wed, 27 Jun 2018

Sharnaaz Ahmad Perli Abang Terlajak Laris

Adakah Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat mahu memerli tindakan Abang terlajak laris?

Kisah Viral Mon, 9 Feb 2026

Gara-Gara Kontraktor, Madam Mariyah Rugi Lebih RM100,000 – “Tak Sampai Hati Nak Kata Ditipu, Tapi…”

Kontraktor yang sepatutnya menyiapkan ibu pejabat baharu Madam Mariyah didakwa gagal melaksanakan kerja seperti dipersetujui.

Featured Wed, 1 Oct 2025
Featured Tue, 31 Jan 2023
Featured Wed, 10 Sep 2025
error: Content is protected !!