Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 24, 2019 @ 3:54pm

#SetulusIkhlas : Gambar Pekerja Suap OKU Jadi Tumpuan Warganet!

Tersentuh hati apabila melihat sekeping gambar yang memaparkan seorang pekerja di kedai mamak sedang menyuapkan makanan kepada seorang individu kurang upaya (OKU).

Perkongsian menerusi akaun Twitter @najib_fiqri atau Muhammad Najib Fiqri Sulaiman itu menerima sebanyak 27,000 ulang kicau (Retweet) manakala 19,000 tanda suka yang mana rata-rata netizen memuji tindakan pekerja tersebut.

Difahamkan, gambar berkenaan telah diambil oleh salah seorang rakannya dan gambar berkenaan telah dikongsi di group WhatsApp. 

Difahamkan, nama pekerja itu adalah Imran. Menurut salah seorang pengunjung di situ, Imran sudah lima tahun bekerja sebagai pelayan dan layanannya amat membanggakan. 

” Dia nampak je sombong tapi berhati mulia sudah 5 tahun berbakti dengan SA Maju, Skudai. Layanan mmg tiptop. Teh tarik jarang mengecewakan,” tulisnya ringkas.

Melihat sikap terpuji Imran itu, ada segelintir netizen mendoakan agar Allah memurahkan rezeki buat Imran dan tidak mustahil dia dapat memiliki kedai makan sendiri satu hari nanti.

Siapa tahu bukan? InshaAllah, semoga Allah SWT membalas kebaikan Imran!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 24 Aug 2019

Tak Sampai 5 Minit Berkahwin, Pengantin Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri

Baru 5 minit terlibat dengan tragedi yang menyedihkan

Trending Wed, 17 Oct 2018

Kena Bagi ‘Password Phone’ Kalau Anda Bercuti Ke New Zealand. Kalau Tak Nak Bagi Kena Denda!

Denda akan dikenakan iaitu tidak melebihi NZD5,000 (RM13,461.99)! 

Hiburan Fri, 3 Jan 2025

“Apa Sahaja Ibu Kongsikan, Saya Enggan Komen Lanjut” – Nelissa Nizam Mahu Selesaikan Masalah Keluarga Secara Peribadi

Nelissa Nizam mahu selesaikan isu dengan ibu secara peribadi bersama ahli keluarganya.

Featured Tue, 15 Apr 2025

“Katanya Suara Saya Serak Tapi Boleh Nyanyi Nada Tinggi” – Ramli Sarip Kenang Momen Pertama Bersama Tun Abdullah

Pengalaman pertama bersama mantan perdana menteri ke-5 itu adalah semasa beliau menonton persembahannya menyanyikan lagu Hilang Dalam Gelap, Terbitlah Terang.

error: Content is protected !!