Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 17, 2023 @ 2:01pm

[VIDEO] Content Koocester ‘What Do You Do For A Living’, Netizen Teruja Dengar Shuib ‘Speaking’… Puji Makin Fluent! 

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video daripada pempengaruh TikTok luar negara, Koocester yang membuat content ‘What do you do for a living’.

Menerusi video tersebut, Koocester bertanya apakah pekerjaan yang Shuib lakukan kerana hidup serba mewah.

“I’m a businessman, artiste,” katanya.

Koocester turut bertanya apakah satu nasihat yang dapat diberikan kepada orang luar yang ingin memulakan bisnes serta untuk menjadi seorang selebriti.

Jawabnya, sebagai seorang manusia kita tidak boleh mengalah.

“Cannot give up! Just do it until it happens! Make it happens!

“To be an artiste also do not give up because I went through eight times audition. 18 years ago,” katanya.

Sementara itu, Koocester bertanya apakah momen sebagai seorang selebriti yang paling diingati.

Tunang kepada Watie Hanifiah itu berkata dia memenangi sebuah pertandingan sebanyak tiga kali.

“I won three times for competition. I won three awards,” ujarnya.

Video yang telah mencecah sebanyak 1.5 juta tontonan itu telah menerima pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata teruja mendengar Shuib membalas Koocester dalam bahasa Inggeris.

@koocester Probably the most FAMOUS person I have ever met? Secret to his success: Never give up! @Shuib Sepahtu @BubbleBee ♬ original sound – Koocester

Kata netizen, Shuib sudah mahir untuk ‘speaking’ dan bahasanya lancar daripada sebelum ini.

“Wow, english dia ok.. So long boleh faham, good,” kata netizen.

“Terbaik.. walaupun tak laju tapi makin fluent dan confident untuk speaking jelas dan faham,” ujar netizen lain.

Sekadar info, Shuib dan pilihan hatinya, Watie Hanifiah bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun ini selepas mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Isu Hadir Ke Majlis Tunang & Shuib Didakwa Cepat Move On… Makder Tampil Jawab Soalan Cepumas – “Abah Arwah Siti Sarah Kata…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Selebriti Thu, 21 Apr 2022
Trending Thu, 6 Aug 2020

Permohonan Lanjutan Moratorium Bermula Esok

Boleh pergi ke bank bermula esok!

Trending Sat, 26 May 2018

Did You Know That These 6 Malaysian Brands are Famous Overseas?

We should appreciate our local brands more.

Hiburan Sat, 27 Apr 2019

Jom Karaoke Lagu ‘Aduh’ & Menang RM 1000!

Penyanyi Zamani melancarkan kempen #AduhZamaniKaraoke bersempena dengan single terbaharunya, Aduh yang kini berada di seluruh cawangan Red Box, Green Box atau Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia. Menerusi sebuah kenyataan media, penyertaan amat mudah […]

Hiburan Tue, 4 Jul 2023
Events Tue, 7 Oct 2025
error: Content is protected !!