“Seronok Duduk Makkah Rasa Tak Nak Balik KL” – Maria Tunku Sabri Tunai Umrah

Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri kini berada di Tanah Suci Makkah bersama suami, Ahmed Nazri Abd Malik dan anak, Aleeya Nazneen untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi hantaran di Instagram, Maria menzahirkan rasa syukur kerana selesai menyempurnakan ibadah umrah pertama.

“Syukur ke hadrat Allah saya, suami, dan anak perempuan kami telah selesai umrah pertama dan kiriman doa telahpun dibaca selepas selesai Saie.

“Esok ziarah luar, niat untuk umrah kedua Insya-Allah. Semoga Allah permudahkan buat kami, cuaca memang sedap macam di Genting Highlands,” tulis Maria.

Sementara itu, Maria juga sempat berseloroh dia lebih tenang di Makkah dan tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur.

“Seronok duduk Makkah, rasa tak nak balik KL,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, warganet mendoakan agar Maria diberikan umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan di sana.

“Masya-Allah, Tabarakallah umrah mabrur, Insya-Allah.

“Alhamdulillah, semoga Allah berkati Maria sekeluarga dan sampaikan salam pada Rasulullah.

“Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan ibadah sis Maria dan keluarga. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan doa-doa yang maqbullah,” komen wargamaya.

 

Halimey Zamal