“Tak Serik Lagi…?” Dolla Semakin Berani

Pernah dikecam sebagai grup wanita “K-Pop” Malaysia kerana disamakan dengan grup terkenal dari Korea Selatan, Blackpink.

Dolla sering dikatakan tiada identiti yang tersendiri dan meniru tarian grup K-Pop, serta gaya mereka yang sering tampil berpakaian seksi itu membuatkan netizen tidak berpuas hati dan meninggalkan komen-komen negatif.

Mereka juga pernah dibandingkan dengan penyanyi K-Pop yang datang ke Malaysia kerana pakaian mereka lebih seksi berbanding dengan penyanyi luar negara.

Meskipun menerima kecaman daripada netizen, wajah mereka pernah muncul di billboard digital New York Times Square sempena kempen Equal oleh platform penstriman digital Spotify yang membuka peluang mereka untuk ke persada antarabangsa.

Dari sudut pandangan negatif netizen itu telah membuatkan mereka berani untuk tampil ke pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 sebagai pendatang baru.

Mampukah Dolla mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) buat pertama kalinya…?

Jangan terlepas untuk saksikan 30 buah lagu yang akan bersiaran langsung di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) pada 25 dan 26 November ini, Jumaat dan Sabtu, jam 3 petang di TV3.

DOLLA – Berani (Official Music Video)

Dharnieya Nur Amelsa