“Tanpa Jujur, Masih Boleh Gembira Tapi Bukan Bahagia” – Ustazah Asma’ Harun

Perkongsian pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Asma menulis berkaitan kejujuran dalam sebuah perhubungan.

“Kejujuran akan bawa ketenangan, dusta membawa kegelisahan.

“Dalam sebuah perhubungan, ikhlas dan jujur adalah asas dan pasak utama. Tanpa jujur masih boleh gembira, tapi bukan bahagia, lama-lama akan menderita!,” tulis Asma.

Dalam perkongsian itu, Asma turut menulis sepotong hadis juga berkenaan dengan kejujuran.

“Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu berlaku jujur karena kejujuran menuntunmu pada kebenaran, dan kebenaran menuntunmu ke syurga. Dan senantiasa seseorang berlaku jujur dan selalu jujur sehingga dia tercatat di sisi Allah SWT sebagai orang yang jujur. Dan hindarilah olehmu berlaku dusta kerana kedustaan menuntunmu pada kejahatan, dan kejahatan menuntunmu ke neraka. Dan seseorang senantiasa berlaku dusta dan selalu dusta sehingga dia tercatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta.” (H.R. Muslim)

Khairil Khusyairi