[VIDEO] Ramai Tak Senang Duduk Tengok Azhan Rani ‘Bantai’ Ummi Nazeera – “Ganaihnya”

Pelakon Azhan Rani menjadi perhatian warganet selepas memuat naik video bersama pelakon, Ummi Nazeera.

Menerusi hantaran di Instagram, Azhan berkongsi video di balik tabir sebuah penggambaran drama.

Rakaman itu memaparkan Azhan sedang melakonkan aksi ‘membelasah’ Ummi.

Lebih mengejutkan, aksi-aksi seperti menumbuk, menampar dan membaling Ummi mendapat perhatian warganet.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 100,000 tontonan dan lebih 4,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dengan babak tersebut. Malah ada juga yang memuji lakonan Azhan dalam menjayakan babak tersebut dengan mengunakan sarung tangan.

Khairil Khusyairi