“Besarnya B*tik” – Jadi Bahan Gurauan Berbaur S*ksual, Bella Dowanna Kesal Sering Jadi Mangsa ‘Body Shaming’

Pelakon popular menerusi drama rantaian Budak Tebing, Bella Dowanna mengaku sering menjadi mangsa ‘body shaming’ gara-gara bentuk badannya yang semakin berisi.

Menurutnya, bentuk badan yang semakin berisi tidak harus dijadikan bahan gurauan kerana ia merupakan tindakan yang tidak beradab, apatah lagi perkara tersebut dilakukan oleh rakan artis sendiri.

Bukan itu sahaja, dia juga menjadi ‘bahan’ gurauan berbaur seksual terutamanya dalam kalangan kru penggambaran.

“Saya pernah disindir dengan jenaka ‘double meaning’ oleh kru yang saya sifatkan sebagai jahat. Mereka sedang berbual dan berkata ‘besarnya betik’ ketika saya lalu dihadapan mereka. 

“Mungkin mereka bergurau, tapi sebenarnya perkara itu agak sensitif dan menyakitkan hati.

” Itulah masalah masyarakat kita tidak sensitif dan tidak peka,” katanya.

Memetik laporan mStar, Bella mengakui berat badannya semakin bertambah, lebih-lebih lagi gaya potongan rambutnya yang pendek menampakkan dia lebih berisi.

“Memang berat saya bertambah, tapi mungkin juga potongan rambut menampakkan pipi saya lebih tembam kerana sebelum ni saya berambut panjang,” jelasnya.

Meskipun begitu, Bella atau nama sebenarnya, Qyistinna Istajibilla Dowanna Halim, 20, menganggap kritikan dan kecaman yang diterimanya menjadikan dia lebih positif dan lebih fokus terutamanya dalam mengurangkan berat badan.

“Tidak mengapa ia sedikit sebanyak berikan saya motivasi untuk kurangkan berat badan,” tambahnya.

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin