Categories: Kisah Viral

Tarawih Di Kawasan Parking Dengan Jarak 2 Meter, Elak Covid-19

Bulan Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Tidak dinafikan, Ramadan tahun ini amat berbeza berbanding sebelum ini. Mesti ramai yang sedang merindui suasana solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid kan?

Namun di bandar Jaffa, Selatan Tel Aviv, penganut agama Islam di sana telah menarik perhatian seluruh dunia apabila mereka tetap menjalankan solat tarawih secara berjemaah dengan jarak 2 meter.

Kredit foto: CNA

Solat sunat tarawih kali ini ternyata berbeza berbanding tahun lepas kerana dilakukan di kawasan parkir kereta berdekatan dengan pantai. Sebanyak 50 orang umat Islam di kawasan itu menunaikan solat sunat tarawih dan mereka juga dilihat memakai topeng muka.

Apa yang lebih menarik, terdapat cahaya lampu berwarna-warni dipasang di sepanjang jalan tersebut.Ia bertujuan untuk menerangi lokasi tersebut bagi memudahkan mereka beribadah dan menghidupkan bulan penuh mulia ini.

Kredit foto: CNA

Walaupun dunia sedang berhadapan dengan pandemik yang merbahaya ketika ini, umat Islam di seluruh dunia tetap menjalani ibadah demi mencari keredhaan Allah.

Rasa-rasanya di Malaysia boleh ke buat macam ni?

Sumber: CNA

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover