Categories: Trending

Doa Untuk Bertemu Lailatulqadar & Tanda-Tanda Malam Tersebut Menurut Mufti Wilayah Persekutuan

Sedar ataupun tak, berbaki 11 hari lagi bulan Ramadan akan meninggalkan kita.

Dalam tempoh 10 malam terakhir ini, amat rugi buat kita sebagai umat Islam jika tidak mencari malam Lailatulqadar, iaitu malam yang sering disebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Doa Untuk Bertemu Malam Lailatulqadar

Ini antara doa yang perlu kita amalkan untuk bertemu malam Lailatulqadar:

Bacalah berulang-ulang kali bagi menunjukkan kesungguhan dan usaha kita dalam memburu malam tersebut.

Doa Malam Lailatulqadar

Tanda-Tanda Malam Lailatulqadar

Menurut sumber laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan melalui BAYAN LINNAS SIRI KE-31: LAILATULQADAR…..CARILAH, sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadan. Antaranya:

Malam Tersebut Terang dan Nyaman

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’“Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Matahari Terbit Tetapi Tidak Kepanasan

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Matahari Keluar Setiap Pagi Kecuali Pagi Malam Qadar

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Untuk sebarang panduan berkenaan malam lailatulqadar, korang boleh rujuk di laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

Sama-sama kita buru malam Lailatulqadar, semoga bermanfaat buat semua!

Sumber: Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Aku islam

Syafiqa Irdina