familuv By: Halimey Zamal December 14, 2022 @ 7:20am

“Tipulah Kalau Tiada Masalah Dalam Keluarga” – Pesanan Aisyah Habshee Curi Tumpuan Warganet

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan institusi keluarga yang kurang kesefahaman

Aisyah memberitahu mustahil jika sebuah keluarga itu hidup gembira tanpa sebarang masalah menerusi video berdurasi 58 saat yang dikongsikan oleh @americano___ di laman TikTok.

“Siapa ada adik-beradik kan, selalu orang cakap sekarang ni ok lah adik-beradik kita dekat-dekat. Korang kalau nak gaduh, gaduhlah puas-puas, nanti dah sambung belajar, terpisah ni semua.

“Tapi bagi Aisyah, sambung belajar tu tak pisahkan apa-apa ta. Perkahwinan tu perpisahan sebenar dan lebih teruk lagi kalau sesiapa yang berkahwin tu dia macam suka menjauhi keluarga.

“Orang yang bertindak untuk memutuskan silaturahim tu mungkin tak terasa, tapi family akan terasa. Macam rindu dekat kakak, rindu dekat kakak. Tipulah kalau kita tiada masalah keluarga, tipulah kalau kita tiada drama dalam keluarga, that’s a life.

“Sebab kita manusia kita ada hati dan perasaan. Lepas itu, dalam institusi kekeluargaan tu ada banyak kepala. Banyak kepala kita kena jaga perasaan, lepas itu bila dah kahwin tambah kepala lagi. Jadi masalah, pergaduhan, tak faham, berdebat, tak setuju, opinion lain-lain tu mesti akan ada. Tapi itulah kehidupan.” jelas Aisyah

Meninjau di ruangan komen, warganet bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Aisyah dan ada juga yang memberitahu rasa sunyi mereka setelah kehilangan satu demi satu adik-beradik selepas berkahwin.

“Anak bongsu paling terasa kehilangan, alone.

“Yes, truely indeed rasa dah tak sama macam dulu, makin jarang jumpa.

“Saya anak bongsu sebenarnya sangat rasa kehilangan, tetapi semua tidak akan faham perasaan itu.” tulis wargamaya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 551,000 tontonan dan lebih 60,000 tanda suka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Komen Negatif Netizen Macam Hiburan, Nabila Huda Tak Ambil Hati

Saya pakai scarf sebab malas nak menghias rambut.Saya pun jarang pergi majlis fesyen kecuali atas jemputan rakan rakan. Kalau ikutkan saya lebih suka duduk rumah sahaja.

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

19 Tahun Berkahwin, Akhirnya Kajol…

Sebilangan besar peminat kecewa bila mendapat tahu pelakon kegemaran mereka ini memilih aktor Ajay Devgan sebagai suami. Alamak, kenapa tu?

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

J-Hope Releases ‘Daydream’ MV With BTS Member Making a Cameo Appearance

BTS’s J-Hope’s latest mixtape and ‘Daydream’ MV is finally released!

Trending Thu, 7 Nov 2019

Kakak Kurus-Kering Dipercayai Berlapar Semata-Mata Nak Simpan Duit Rawat Adik

Sayangnya dia pada adiknya.. Sanggup menahan lapar agar dapat merawat sakit adiknya

Trending Sat, 2 Feb 2019

Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

Nikahi Gadis 18 Tahun, Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih