Hiburan By: Padin January 18, 2024 @ 5:59am

Harum Setangkai Doa Dedikasi Inteam buat Arwah Sahabat, Peminat Menangis Terkenang Suhaimi Saad

Kehilangan sahabat seperjuangan pastinya menimbulkan kesan yang sangat mendalam buat seseorang insan. Begitulah yang dirasakan oleh anggota-anggota kumpulan nasyid Inteam yang baru sahaja kehilangan sahabat baik mereka.

Allahyarham Suhaimi Saad bekas anggota Inteam sejak ditubuhkan sehingga 2005 telah pergi menghadap Ilahi pada 15 November 2023 yang lalu. Pemergian Allahyarham pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanah air.

“Pemergian Allahyarham boleh dikatakan agak mengejut, dia hanya sakit dalam tempoh lebih kurang tiga bulan dan kami sempat menziarahinya di Johor ketika sakit beberapa minggu sebelum dia menghadap Ilahi,” ujar Syah, selaku ketua Kumpulan Inteam.

Ditanya kepada Abdul Rahim Inteam berkenaan pemergian Allahyarham Suhaimi, mereka sedih namun akur dengan takdir Tuhan.

“Walaupun sedih, kami reda dengan pemergian sahabat kami dan bersyukur kerana selepas kematiannya, banyak cerita-cerita dan pesanan kebaikan dia yang disebarkan oleh masyarakat, semoga ia menjadi pahala jariah buat arwah.

“Kami juga rasa sebak dan terharu kerana diberi keizinan oleh keluarganya untuk memandikan dan menguruskan jenazah arwah sehinggalah selesai proses pengebumian,” tambah Rahim lagi.

Manakala saudara Hazamin yang berada di Makkah ketika kejadian pula berkata dia mengalirkan tangisan tatkala mendapat khabar terbabit.

“Sewaktu berita kematian dia diterima, saya sedang berada di dalam keretapi laju dari Madinah menuju ke Makkah untuk menunaikan umrah. Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi bila mengenangkan kenangan-kenangan sewaktu bersama arwah dulu.

“Alhamdulillah semasa di Makkah, saya sempat menunaikan ibadah umrah badal untuk Allahyarham sebagai hadiah untuk dia,” cerita Hazamin Inteam yang merupakan sahabat Suhaimi sejak dari sekolah menengah lagi.

Baru-baru ini, Inteam melancarkan single berjudul Harum Setangkai Doa sebagai dedikasi untuk sahabat mereka yang telah pergi ini. Lagu ini telah mendapat respons positif dari peminat yang rata-ratanya menulis komen menyatakan sedih dan menangis apabila mendengar lagu tersebut.

Lagu ciptaan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara ini dilancarkan pada 5 Januari lalu di rangkaian Youtube Inteam Digital dan seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, KKBox, Joox dan Apple Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 3 Aug 2018

Anak Dara Shah Rukh Khan Hiasi Muka Depan Vogue India. Meletop!

Status sebagai pewaris legasi seni orang tuanya, sudah cukup menarik perhatian Vogue India untuk menampilkan Suhana sebagai penghias muka depan majalah itu.

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Majlis Resepsi Elfira Loy Di Melaka Ada Nilai Sentimental

Dipercayai majlis tersebut merupakan permintaan daripada nenek Faris sendiri yang ingin melihat cucunya bersanding di kampungnya. 

Featured Wed, 17 Jul 2019
Featured Mon, 23 May 2022

“Taklah Sehebat Mana, Tapi…” – Hadiahkan Diri Sendiri, Afieq Shazwan Beli Honda Civic RS

Tahniah! Afieq Shazwan menghadiahkan dirinya sebuah kereta baru Honda Civic RS 2022.

Events Fri, 3 Aug 2018

Rise: Ini Kalilah Di Pawagam 16 September Depan

Filem yang menelan kos sebanyak RM 2 juta ini mengetengahkan kisah rakyat yang bekerjasama dalam merealisasikan satu matlamat sama iaitu sayangkan negara.

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Sebab tu kita tak boleh judge orang sebelum mengenali mereka…

Kisah Viral Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Fri, 12 Jan 2024

Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

Eh, takkanlah sampai gaji chef-chef hebat & pekerja lain RM1,500 je?